Harian Metro

Kuasai 81% penonton TV

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@nstp.com.my

 Rangkaian berita stesen televisyen Media Prima masih kekal nombor satu

Program berita rangkaian stesen televisyen Media Prima Berhad yang merangkumi TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 kekal menjadi pilihan penonton dengan mencacat jumlah 400 juta tontonan sepanjang Mei lalu sekali gus menguasai 81 peratus penonton TV di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak berkata, angka itu adalah yang tertinggi pernah dicatat sepanjang tempoh lima tahun.

“Dengan catatan jumlah ini secara tidak langsung, program berita di MPTN masih kekal nombor satu. Jumlah yang dicatat juga menunjukka­n peningkata­n berterusan bukan saja pada malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ia juga bukti orang kita kembali menonton berita terutama Buletin Utama di TV3,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Johan berkata, kejayaan besar ini didorong tiga faktor iaitu ketepatan dan ketelusan berita, kepantasan berita disalurkan dan etika kewartawan­an.

“Apabila berlaku perubahan kerajaan, masyarakat memainkan sentimen ini. Jadi, kami mengambil pendekatan dengan melatih untuk menyampaik­an berita mengikut etika kewartawan­an yang betul.

“Saya berharap perkara ini berterusan sekali gus meletakkan program berita MPTN unggul bukan saja di kaca TV, tapi juga medium online,” katanya.

Berdasarka­n laporan firma penyelidik­an pengguna dan media, Nielsen Malaysia juga, Buletin Utama kekal menjadi program berita nombor satu apabila mencatat jumlah tontonan 3.78 juta sehari sepanjang Mei. Ia menunjukka­n peningkata­n berbanding April iaitu 3.57

juta. Sementara itu, berita 8TV Mandarin kekal nombor satu apabila mencatat jumlah tontonan 1.3 juta. Mandarin 7 dengan jumlah 900,000 dan Berita TV9 1.7 juta.

Nasional 8 yang disiarkan RTM pula mencatat jumlah 1 juta dan Hari Ini 8 di saluran Awani sebanyak 250,000.

Dalam pada itu, portal online dari Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) iaitu Harian Metro Online, BH Online dan NST Online berada dalam kedudukan Top 5 sempena PRU14 iaitu pada 9 dan 10 Mei lalu.

Harian Metro Online mencatatka­n jumlah pelayar 8.4 juta, BH Online dengan 4.8 juta dan NST Online 2.6 juta.

 ??  ?? JOHAN
JOHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia