Harian Metro

ABANG BOMBA JANGAN GEMUK!

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Tidak hanya dilihat segak dalam kalendar dan drama yang ditayangka­n, inisiatif

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak ini wajar dipuji apabila menjalanka­n Program

yang menyasarka­n pegawai memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, program itu dilaksanak­an selama setahun membabitka­n 17 pegawai obesiti dan kurang cergas dalam menjalanka­n kerja menyelamat.

“Antara program diatur iaitu latihan intensif kesedaran selama seminggu membabitka­n latihan fizikal, motivasi dan kawalan kalori.

“Mereka diberi masa setahun untuk menurunkan BMI yang bersesuaia­n dengan ketinggian sekali gus menjalani ujian kecerdasan dan kecergasan individu yang dilaksanak­an secara bulanan,” katanya.

Menurutnya, 17 pegawai ini diletakkan di bawah program mentor dan mentee yang memantau berat badan serta menjalani program bersama seperti larian dan sebagainya.

“Selain itu, mereka diletakkan dalam program pengurusan obesiti dan nutrisi dengan kerjasama hospital.

“Mereka diberi masa setahun dan wajib menurunkan berat badan kerana ia termasuk dalam penilaian prestasi kecemerlan­gan mereka,” katanya.

Nor Hisham berkata, selama setahun program itu dijalankan, 12 pegawai lulus dengan cemerlang dan berjaya memperoleh BMI ideal, manakala lima lagi masih melebihi BMI 35.

“Lima pegawai itu masih dalam program intensif khas termasuk dua menghidap penyakit gout yang menyukarka­n mereka melakukan latihan fizikal.

“Kebanyakan yang dipilih dianggarka­n memiliki berat lebih 100 kilogram dan melalui ujian bulanan yang dibuat hingga berjaya menurunkan berat dengan drastik,” katanya.

Menurutnya, program itu dijalankan bersesuaia­n dengan imej bomba yang ditugaskan menyelamat­kan orang dan memerlukan mereka cergas setiap masa.

“Tidak hanya di dalam kalendar tahunan kami memaparkan imej abang bomba sado dan cergas serta melalui drama ditayangka­n, kita mahu secara realiti juga sama apabila orang ramai melihat anggota bomba cergas ketika menyelamat­kan orang.

“Kita perlu memastikan anggota bomba yang melakukan kerja menyelamat selalu cergas untuk melawan api,” katanya.

Beliau berkata, anggota dan pegawai berusia bawah 30 tahun juga dipantau berat badan mereka kerana ia adalah pelaburan masa depan untuk jabatan ini berikutan pihaknya masih mahu menggunaka­n khidmat mereka 30 tahun lagi.

 Jabatan Bomba Sarawak sasar pegawai BMI lebih 35 jalani latihan intensif selama setahun

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Nor Hisham Mohammad ?? Mereka diberi masa setahun dan wajib menurunkan berat badan kerana ia termasuk dalam penilaian prestasi kecemerlan­gan mereka”
Nor Hisham Mohammad Mereka diberi masa setahun dan wajib menurunkan berat badan kerana ia termasuk dalam penilaian prestasi kecemerlan­gan mereka”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia