Harian Metro

‘Saya masih boleh berkelakua­n normal’

-

Tokyo: Usia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi subjek yang sering dibangkitk­an pada lawatan kerja Perdana Menteri selama tiga hari ke Jepun.

Dr Mahathir yang bakal mencecah usia 93 tahun pada Julai ini menjadi Perdana Menteri tertua di dunia yang dipilih selepas parti pakatannya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.

“Terdapat dua jenis penuaan. Satu secara kronologi berdasarka­n tahun dan satu lagi adalah secara biologi. Adakalanya manusia tua dengan cepat, ada yang tua dengan lambat. Saya rasa, saya menua sedikit lambat berbanding orang lain.

“Sepertinya saya masih boleh berkelakua­n normal. Saya tidak nyanyuk dan masih boleh mendengar serta menjawab soalan. Rakyat masih mahu saya memerintah negara dan saya perlu menyampaik­an hasrat orang ramai.

“Saya nasihatkan supaya jangan berehat apabila sudah tua, jika anda berehat, anda akan menjadi lemah dan tidak berdaya dan mungkin menjadi nyanyuk. Teruskan menjadi aktif apabila mencapai umur persaraan,” kata Dr Mahathir.

Tambahnya lagi, apa-apa yang sudah tidak dipakai akan merosot dan tidak lagi boleh digunakan.

“Sama seperti otot. Jika anda tidak menggunaka­n otot dan hanya baring setiap masa, otot itu tidak boleh menampung berat. Tidak lagi boleh berdiri dan berjalan.

“Begitu juga dengan otak. Sekiranya kita tidak menggunaka­n otak, anda tidak berfikir, anda tidak menyelesai­kan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak akan merosot dan anda akan menjadi nyanyuk. Oleh itu sentiasala­h kekal aktif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia