Harian Metro

Najib nafi SPRM ambil kenyataan pada 2015

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau tidak menerima faedah mahu pun mencuri wang dari syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak.

Malah katanya, SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan daripada beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan dikeluarka­n ke atas dirinya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengakui tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa dirinya di mahkamah adalah tidak mudah.

“Dr Mahathir juga mengakui bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalk­an oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Dr Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya dalam entri terbaharu beliau di akaun Facebookny­a, semalam.

Dr Mahathir ketika bercakap pada majlis makan malam semalam dengan diaspora Malaysia di Jepun berkata, percubaan terburu-buru mendakwa Najib daripada skandal 1MDB mungkin akan melepaskan­nya.

“Banyak orang sedang menunggu - bila kami akan menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah. Jika kami gagal melakukann­ya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraa­n dan didapati tidak bersalah.

“Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalk­an oleh orang yang mengundi kami,” katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr Mahathir itu juga membuktika­n kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunaka­n individu tertentu di dalam pentadbira­n kerajaan untuk mengguling­kan dirinya.

“Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan? Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikas­i kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginas­ikan atau direka.

“Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktika­n saya tidak bersalah,” katanya.

Beliau turut menegaskan anaknya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta ringgit dan tidak pernah dianugerah­kan kontrak kerajaan atau menjalanka­n perniagaan dengan kerajaan.

“Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapa­tan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

“Dr Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi. Dr Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehka­n syarikat ini membiayai jemaah haji?

Katanya, jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah dari sumber halal kerana dirinya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

 ?? Najib ?? Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktika­n saya tidak bersalah”
Najib Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktika­n saya tidak bersalah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia