Harian Metro

Hari raya cara Rasulullah

Sambutan mengikut sunah Nabi mendapat pahala, reda Ilahi

- Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Masa berlalu begitu pantas. Dalam keasyikan melaksanak­an ibadat pada Ramadan ini, akhirnya ia bakal meninggalk­an kita beberapa hari lagi.

Apakah kita masih berpeluang bertemu lagi bulan Ramadan pada tahun akan datang?

Ramadan meninggalk­an begitu banyak kesan dalam kehidupan beramal kepada Allah SWT serta amal kebajikan sesama manusia.

Masing-masing tidak mahu ketinggala­n menyertai ‘perlumbaan’ meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Sebelum Ramadan, masjid hanya penuh ketika solat Jumaat saja. Pada bulan Ramadan satu transforma­si berlaku tanpa dipaksapak­sa.

Pada fasa awal Ramadan ruang solat di masjid biasanya sudah dipenuhi jemaah. Namun, menjelang fasa kedua, semangat ke masjid menjadi berkuranga­n dan yang tinggal hanya beberapa saf saja.

Ketika satu Syawal begitu dinanti, kekuatan dan semangat mengimarah­kan Ramadan semakin terhakis. Alunan lagu raya mengambil alih perhatian umat Islam daripada menumpukan kepada ibadat.

Kesempatan yang sepatutnya digunakan untuk meningkatk­an amal ibadat pada akhir Ramadan bertukar menjadi ‘perlumbaan’ mempersiap­kan diri dan keluarga menyambut raya.

Tiada salahnya kita untuk menzahirka­n rasa kegembiraa­n untuk menyambut Aidilfitri kerana ia adalah hadiah Allah SWT atas kemenangan hamba-hamba-Nya menahan nafsu sepanjang Ramadan.

Menjelang ketibaan Syawal ini, kita perlu kembalikan semangat meraikan Aidilfitri mengikut gaya Baginda SAW supaya kegembiraa­n sambutanny­a beroleh pahala dan keberkatan di sisi-Nya.

Beberapa amalan sunah patut dilaksanak­an pada sambutan Aidilfitri nanti antaranya mengenakan pakaian baharu.

Sahabat Baginda, Jabir pernah memberitah­u, “Sesungguhn­ya Nabi memiliki pakaian khusus yang hanya dipakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (Diriwayatk­an oleh al-Baihaqi)

Al-Baihaqi juga ada meriwayatk­an Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Selain itu, kita juga dianjurkan mandi sunat hari raya sebelum keluar rumah untuk ke masjid menunaikan solat sunat hari raya.

Imam Malik melaporkan, Abdullah bin Umar akan mandi terlebih dahulu pada hari raya Aidifitri sebelum beliau berangkat menunaikan solat sunat hari raya.

Imam An-Nawawi memberitah­u amalan mandi sunat sebelum menunaikan solat hari raya disepakati dalam kalangan ulama.

Seperkara lagi adalah menjamah makanan terlebih dahulu sebelum menuju ke masjid bagi melaksanak­an solat hari raya.

Rasulullah SAW dikatakan tidak akan keluar dari rumahnya pada hari raya melainkan Baginda memakan beberapa biji buah tamar terlebih dahulu.

Kita disunatkan makan apa saja hidangan dalam kadar sedikit bagi mengalas perut. Amalan itu adalah simbol hari kemenangan dan umat Islam diharamkan berpuasa.

Tidak menjadi halangan untuk makan apa yang terhidang sebelum ke masjid, namun amalan makan kurma itu sesuatu yang sangat digalakkan kerana ia sebahagian sunah Rasulullah SAW.

Seterusnya, bertakbir ketika keluar dari rumah. Sahabat Baginda sentiasa melakukann­ya ketika mereka keluar rumah menuju ke tempat solat hari raya.

Imam al-Baihaqi ada meriwayatk­an, Abdullah bin Umar akan bertakbir bermula saja beliau melangkah kakinya keluar rumah sehinggala­h beliau tiba di tempat solat.

Sunah paling afdal dan terbesar adalah menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah. Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat, solat Aidifitri dilakukan di kawasan lapang dan terbuka.

Ummu Athiyyah memberitah­u, “Rasulullah memerintah­kan kepada kami untuk keluar pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha sama ada hamba, wanita yang uzur dan juga pemudi. Wanita uzur hendaklah menjauhi tempat solat dan saksikanla­h kebaikan serta seruan kaum Muslimin.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Begitu juga dengan amalan bermaaf-maafan yang tidak dapat dipisahkan daripada sambutan hari raya. Kita dianjurkan membuka lembaran baharu dengan saling bermaafan.

Semoga Aidilfitri ini memberikan kita keberkatan dan ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT sama seperti apa yang kita harapkan pada bulan Ramadan ini.

Sesungguhn­ya Nabi memiliki pakaian khusus yang hanya dipakai pada dua hari raya dan hari Jumaat” Diriwayatk­an oleh al-Baihaqi

 ??  ?? UMAT Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi hari raya.
UMAT Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi hari raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia