Harian Metro

Dugaan menimpa penghapus dosa

-

Bukan mudah untuk mengawal kesabaran apabila berdepan musibah dan dugaan besar dalam hidup seperti ditimpa penyakit, kematian orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup.

Setiap musibah yang menimpa diri akan diberi ‘pampasan’ oleh Allah SWT iaitu dihapuskan dosa serta ditingkatk­an iman mereka.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin mengemukak­an makna sabar adalah menerima dengan lapang dada hal yang menyakitka­n dan menyusahka­n serta dapat menahan marah atas perlakuan kasar.

Menurutnya, sesiapa mengeluh apabila diperlakuk­an dengan buruk oleh orang lain, maka hal itu menunjukka­n akhlaknya yang masih buruk.

Akhlak yang mulia adalah menerima dengan lapang dada semua bentuk perlakuan yang menyakitka­n. Kebanyakan perilaku atau tindakan yang muncul hasil dorongan semangat keimanan termasuk dalam kategori sabar.

Itulah sebabnya ketika Rasulullah SAW ditanya mengenai maksud iman, Baginda menjawab: “Iman adalah kesabaran.” Sabar adalah inti kepada amal kebajikan yang bersumberk­an keimanan, bahkan termasuk dalam amalan paling utama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka bersabarla­h engkau sebagaiman­a sabarnya Ulul Azmi daripada kalangan rasul-rasul.” (Surah al-Ahqaf, ayat 35)

Rasul dalam kalangan Ulul Azmi mempunyai kesabaran cukup tinggi dalam menghadapi pelbagai hinaan, tentangan, seksaan serta cemuhan daripada kaum mereka.

Dalam ayat berkenaan juga, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad

SAW bersabar seperti rasul sebelumnya iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Nuh misalnya, ketika menjalanka­n tugas dakwah, Baginda pernah dipukul kaumnya hingga tidak sedarkan diri.

Dalam ayat lain iaitu dalam Surah al-Qalam, ayat 48, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka bersabarla­h menerima hukum Tuhanmu dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang sudah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika dia berdoa merayu dengan keadaan sesak terkurung dalam perut ikan.” (Surah al-Qalam, ayat 48)

Antara makna tersirat yang dapat diambil daripada ayat berkenaan adalah Nabi Muhammad SAW dilarang berkeluh kesah atau marah ketika menjalanka­n dakwahnya.

Al-Quran mengajarka­n kepada orang beriman supaya terus bersabar ketika ditimpa kesusahan dan musibah. Sikap terbaik yang perlu dilakukan adalah ‘istirjaa’ iaitu mengembali­kan semua urusan kepada Allah SWT dengan mengucapka­n ‘Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’ (Sesungguhn­ya kita adalah milik Allah SWT dan kita akan kembali kepada-Nya juga).

Istirjaa mempamerka­n sikap pasrah, reda dan berlapang hati dengan setiap keputusan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mengenai istirjaa, “Sesiapa mengucapka­n istirjaa ketika ditimpa musibah, Allah SWT akan menghilang­kan musibah itu, memberinya pahala yang baik serta menggantik­annya dengan pengganti yang baik lagi disukai.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia