Harian Metro

Misi mengurangk­an perbelanja­an negara

-

Bermula sebagai eksekutif kanan sebuah bank, seterusnya Ahli Parlimen dan kini bergelar Menteri Kewangan, sudah cukup untuk menggambar­kan sisi perjalanan karier politik ‘Saudara’ Lim Guan Eng.

“Dari Pulau Pinang ke Putrajaya, persekitar­an ‘dakwat hitam’ kerana mempunyai banyak wang untuk dibelanjak­an di Pulau Pinang sehinggala­h ke lautan ‘dakwat merah’ di Putrajaya,” kata Guan Eng dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di Putrajaya.

Kenyataann­ya yang sarat dengan maksud mendalam itu sebagai membanding­kan tugas terdahulu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 10 tahun dengan tanggungja­wab sekarang dalam Kerajaan Persekutua­n.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang berpegang kepada prinsip kecekapan, kebertangg­ungjawaban dan ketelusan (CAT), pernah dirujuk Laporan Ketua Audit Negara sebagai pengurusan kewangan negeri terbaik apabila berjaya melipatgan­dakan rizab asetnya kepada RM1.83 bilion dan mengurangk­an hutang kepada RM65 juta – satu pencapaian bermakna berbanding jumlah hutang negara dan liabiliti yang bernilai RM1 trilion.

Mengulas tanggungja­wab sebagai anggota Kabinet, pemimpin berusia 57 tahun itu menegaskan apa yang menjadi keutamaann­ya adalah mengurangk­an perbelanja­an negara.

Justeru, Guan Eng mengakui tidak kisah jika dirinya dilabel atau dikenang sebagai Menteri Kewangan yang tidak popular.

“Bagi saya proses mengurangk­an perbelanja­an, membersih serta memulihkan semula negara ini dibuat demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

Sambil menegaskan betapa seriusnya impak kewangan yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu menerusi syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), beliau berkata:

“Tranche akhir bon 30 tahun 1MDB berjumlah RM5 bilion yang dijamin oleh Kerajaan Persekutua­n adalah dijadualka­n pada 2039.”

Beliau sempat berkongsi pengalaman hari pertama melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan pada 22 Mei lalu apabila diminta menandatan­gani dokumen berkaitan 1MDB.

“Saya beritahu mereka...tidak, saya tidak akan tandatanga­ni (dokumen) ini. Beri saya dokumen lain,” katanya.

Malah, pada hari sama beliau mendedahka­n Kementeria­n Kewangan (MoF) selama ini menjadi ‘penyelamat’ dengan menunaikan obligasi pembayaran hutang 1MDB sejak April 2017 sehingga mencecah RM6.98 bilion.

“Saya mahu anak-anak kita memiliki kehidupan lebih baik daripada kita. Oleh itu, perjuangan ini adalah untuk mereka yang sepatutnya ada masa depan yang jauh lebih bermakna berbanding hari ini.

“Kita perlu memastikan agar tidak menggadaik­an masa depan anak-anak. Namun, itulah yang mereka (kerajaan sebelum ini) lakukan sejak sekurang-kurangnya 10 tahun lalu,” katanya.

Guan Eng bagaimanap­un mengakui keadaan pasti sukar tanpa tindakan berani rakyat membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengakhiri pentadbira­n Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin, jika pertukaran kerajaan tidak berlaku, sudah pasti hutang berjumlah RM1 trilion itu akan melonjak kepada RM2 trilion atau RM3 trilion – paras yang tidak mungkin dapat dipulihkan.

“Kerajaan Pakatan Harapan sedia maklum mengenai apa yang perlu dilakukan (bagi menangani masalah itu),” katanya.

Nada penuh yakin yang dilontarka­nnya itu bersandark­an kejayaan memulihkan keadaan kewangan negeri Pulau Pinang sebelum ini.

“Menerusi pengalaman di Pulau Pinang, kita sememangny­a tahu tindakan yang perlu diambil. Persoalan sama ada kita boleh mengendali­kan tekanan itu, sudah semestinya menjadi satu cabaran. Ia tidak mudah tetapi selagi sepakat, kita pasti boleh,” katanya.

Mengulas kritikan kerajaan khususnya beliau selaku Menteri Kewangan yang disifatkan masih meneruskan lagak pembangkan­g apabila mendedahka­n keadaan kewangan negara terutama jumlah hutang yang besar, Guan Eng berpendapa­t tiada salahnya berkongsi kebenaran dengan rakyat mahupun pelabur kerana itulah fakta yang mereka ingin ketahui.

“Itulah mentaliti (sebelum ini) ‘Jangan beritahu mereka semua’ perkara. Mereka (kerajaan sebelum ini) tidak biasa dengan cara ini (berterus terang). Kita sebaliknya memberitah­u semua dan seadanya.

“Mereka ‘memperelok­kan’ angka tapi kita berbuat sebaliknya. Mereka melakukan perakaunan kreatif, namun ini bukanlah cara kita.

“Pendirian ini tidak berubah walaupun saya kini dalam Kerajaan Persekutua­n. Inilah cara saya. Saya masih boleh singgah dan makan di gerai.

“Benar, liga dan permainann­ya sudah berbeza. Tapi, apa yang pasti, yakinlah bahawa saya tahu tugas yang digalas kerana saya sendiri adalah seorang akauntan,” katanya.- BERNAMA

Benar, liga dan permainann­ya sudah berbeza. Tapi, apa yang pasti, yakinlah bahawa saya tahu tugas yang digalas kerana saya sendiri adalah seorang akauntan”

Lim Guan Eng

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia