Harian Metro

Tak rasa nak bercinta

- DARI MUKA R27

Ruhainies bimbang fokus terjejas hanya semata-mata fikir

hati seseorang

Ditanya mengenai peranannya sebagai watak utama bernama Aisyah dalam drama itu, pelakon yang popular menerusi drama Hello, Mr Perfect! ini berkata, watak kali ini memerlukan dia bertudung labuh.

“Ia juga memerlukan saya mewarnakan kembali rambut lebih gelap supaya bersesuaia­n dengan watak.

“Watak kali ini amat mencabar kerana saya perlu menjaga keperibadi­an seorang Muslimah.

Jadi banyak pantang larang yang perlu saya ikut supaya dapat disampaika­n dengan baik,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupan peribadiny­a, Ruhainies mengakui masih solo dan belum terfikir untuk mencari kekasih hati.

Katanya, dia lebih selesa dengan kehidupan solo dan berkawan dengan ramai orang.

“Saya masih solo dan tidak terfikir soal cinta . Namun, tipulah kalau saya katakan tidak berkawan dengan sesiapa. Usia saya masih muda. Jadi, ada baiknya saya fokus membina kerjaya terlebih dulu.

“Bukan apa, saya bimbang fokus saya terjejas hanya semata-mata mahu memikirkan mengenai hati seseorang,” katanya.

Menurut Ruhainies, ada perkara lebih penting perlu dicapainya dalam hidup selain kehidupan cinta.

“Saya menjalani kehidupan solo seperti biasa saja. Biarlah masa yang menentukan. Saya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonan dan pelantikan sebagai duta produk antarabang­sa ini.

“Sampai masa, kalau ada orang ikhlas ingin mengenali hati budi pasti saya kongsikan,”katanya.

Ditanya mengenai pelantikan­nya sebagai duta produk wajah terbabit, Ruhainies akui teruja apabila dipilih menjadi selebriti kedua bagi produk itu selepas pelakon popular Korea Selatan Lee Kwangsoo.

“Saya sangat teruja dan gementar dengan pelantikan ini. Saya dilamar menjadi duta produk ini selepas dikatakan mempunyai wajah persis gadis Korea.

“Namun, apa yang membuatkan saya lebih terkejut adalah menjadi duta produk ini di Malaysia selepas Lee Kwangsoo yang sememangny­a nama besar dalam industri hiburan,” katanya. -Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia