Harian Metro

Baju-T Kareena jadi tumpuan Sepupu SRK bertanding pilihan raya

-

Ambil borang pencalonan 7 Jun lalu, misi angkat martabat wanita

Berita sepupu pelakon tersohor Shah Rukh Khan (SRK), Noor Jehan yang akan bertanding di sebuah wilayah di KhyberPakh­tunkhwa, Pakistan pada pilihan raya 25 Julai depan menarik perhatian ramai.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Noor Jehan dikatakan sudah bersedia untuk bertanding di kerusi Peshawar apabila sudah mengambil borang pencalonan pada 7 Jun lalu.

Jehan turut memberitah­u pemberita, dia mahu memberi tumpuan kepada masalah di kawasannya sekiranya memenangi kerusi terbabit.

“Misi saya untuk mengangkat martabat wanita selain ingin Penampilan Kareena Kapoor sering menjadi tumpuan umum.

Walaupun sekadar mengenakan baju-T dengan jean, pelakon itu tetap mendapat pujian menggunung daripada pengikutny­a di laman sosial.

Ini kerana baju-T yang dipakai Kareena bukan biasa-biasa harganya.

Baru-baru ini baju-T berwarna merah jambu yang digayakann­ya menjadi bualan ramai.

Menurut Bollywoodl­ife. com, baju daripada jenama Givenchy itu dikhabarka­n bernilai RM2,138 sedangkan rekaan baju dengan hiasan bintang itu kelihatan biasa bagi mereka yang tidak mengenali jenama mewah terbabit. memberi tumpuan kepada masalah di kawasan saya,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini.

Difahamkan, Noor Jehan pernah melawat bintang ternama Bollywood itu dua kali dan keluarga kedua-dua pihak sangat rapat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia