Harian Metro

‘MELANCONG’ KE BAZAR

- DARI MUKA N31

Ketika artikel ini dibuat, seorang rakan penulis turut mengakui sanggup menyewa hotel berdekatan dengan kawasan bazar untuk memudahkan dia membelibel­ah di kawasan berkenaan terutama bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Pengarah Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTIC) Zain Azrai Rashid berkata, Malaysia mempunyai identiti bazar tersendiri berbanding negara lain kerana kepelbagai­an kaum dan kepercayaa­n menyebabka­n wujudnya aneka jenis bazar yang meriah pada musim perayaan.

“Sebenarnya di Malaysia kewujudan bazar ini bermula dengan lokasi pasar pada sebelah malam apabila ia mula berkembang selepas mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk ia terus beroperasi pada setiap malam.

“Terutama pada musim perayaan kerana kita tahu seperti perayaan Aidilfitri, malam adalah waktu paling sesuai untuk orang ramai yang beragama Islam khasnya melakukan aktiviti berkenaan,” katanya.

Di Malaysia terdapat banyak bazar yang dibangunka­n sama ada daripada persatuan penjaja kecil atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehka­n tapak perniagaan dimajukan usahawan kecil.

Tidak ketinggala­n, bazar di Malaysia yang biasanya terletak di kawasan berhampira­n kawasan bandar mempunyai elemen tinggalan sejarah selain menjadi satu daripada daya tarikan pelancong asing untuk mengunjung­inya.

Zain berkata, MaTIC juga melihat dengan kedudukan kebanyakan bazar yang diwujudkan pihak tertentu banyak membantu industri pelanconga­n Malaysia. Khususnya dalam mempromosi­kan segmen pelanconga­n yang lain apabila seperti pelancong dapat melihat kepelbagai­an jenis makanan, budaya dan tinggalan bangunan warisan.

Katanya, setakat ini belum ada lagi ejen pelanconga­n yang menjadikan kunjungan ke bazar tempatan sebagai salah satu aktiviti di dalam pakej pelanconga­n mereka dan perkara ini dilihat sebagai satu potensi baru kepada pemain industri terbabit.

“Jika ejen dapat meletakkan aktiviti

 ??  ?? BAZAR di Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri terutama pada sebelah malam.
BAZAR di Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri terutama pada sebelah malam.
 ??  ?? BAZAR yang dibuka hingga larut malam menawarkan pelbagai produk baru dan lama.
GERAI makanan dan minuman tempatan antara yang boleh didapati di bazar atau
pasar karat.
BAZAR yang dibuka hingga larut malam menawarkan pelbagai produk baru dan lama. GERAI makanan dan minuman tempatan antara yang boleh didapati di bazar atau pasar karat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia