Harian Metro

SAHUT CABARAN PERAHU NAGA

-

Pesta Perahu Naga memeriahka­n Hong

Kong setiap tahun dengan perlumbaan perahu naga yang penuh kemeriahan. Karnival edisi kesembilan itu dianjurkan Lembaga Pelanconga­n Hong Kong (HKTB) bersama Persatuan Perahu Naga Hong Kong China (HKCDBA) bermula dari 22 hingga 24 Jun ini di Central Harbourfro­nt dan Victoria Harbour.

Dengarkan paluan gendang sambil menyaksika­n puluhan perahu naga mengejar kejuaraan pada karnival tiga hari itu. Pada masa sama pesta berkenaan turut menawarkan juadah istimewa tempatan, persembaha­n muzik dan hiburan lain.

Pasukan perahu naga Malaysia, Pacific West Dragon Boat dan Pink

Challenger­s bakal kembali ke Kota Dunia Asia untuk mewakili negara dalam perlumbaan di Pesta Perahu Naga tahun ini.

Pacific West Dragon Boat yang tidak asing dengan pertanding­an antarabang­sa dan sudah memenangi tempat pertama ketika menyertai pertanding­an ini buat pertama kalinya pada 2006.

Ketua Pasukan Pacific West Dragon Boat, Lawrence Koh berkata, Hong Kong menjadi tuan rumah kepada pasukannya setiap tahun dan pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang untuk kembali bersaing di bandar berkenaan.

“Sejak kemenangan terakhir kami, ia bakal menjadi pengalaman yang menarik bagi ahli pasukan. Kami berharap mampu mengibarka­n bendera Malaysia sekali lagi.

“Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke Hong Kong, kami sentiasa terpesona dengan latar langit malamnya

yang indah. Masakan tempatan di sana sangat enak dan sentiasa membuat kami ingin kembali lagi,” katanya.

Selain itu, turut terbabit dalam kejohanan berkenaan adalah pasukan perahu naga di bawah Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Pink Challenger­s yang turut teruja untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan akan datang.

Ketua pasukannya untuk tahun ini, Margaret Gabriel berkata, kumpulanny­a berharap melalui penyertaan­nya sebagai pasukan bekas pesakit kanser payudara terus berpeluang menyebarka­n mesej bahawa pengesanan dan rawatan awal. Ia bagi menyelamat­kan nyawa dan menunjukka­n kepada dunia bahawa masih ada kehidupan selepas menghidap kanser.

“Kami juga berharap dapat menjalinka­n hubungan dengan pasukan bekas pesakit kanser payudara daripada negara lain,” katanya.

 ??  ?? SEMANGAT peserta mengayuh perahu naga di Hong Kong dalam kejohanan yang lalu.
SEMANGAT peserta mengayuh perahu naga di Hong Kong dalam kejohanan yang lalu.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN kostum yang menarik digayakan peserta.
KEPELBAGAI­AN kostum yang menarik digayakan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia