Harian Metro

DUIT RAYA BUKAN KEMESTIAN

-

Ibu bapa perlu terap rasa keinsafan dalam diri anak bahawa hari raya bukan hari kumpul duit

DARI MUKA H51

Mereka seolah-olah terpaksa membelanja­kan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting semata-mata mahu memberi duit raya kerana malu dikata orang.

Bajet untuk duit raya tidak pernah kecil jumlahnya. Saban tahun, biasanya jumlahnya semakin meningkat dan paling tidak RM100 perlu dikeluarka­n untuk 'ole-ole' Aidilfitri ini. Itupun jika memberi duit raya RM1 seorang kepada tetamu kecil. Jika lebih, jumlahnya akan berganda. Itu belum lagi untuk anak saudaramar­a terdekat. Mana mungkin memberikan jumlah sama dengan kanak-kanak lain yang tiada kaitan persaudara­an.

Mungkin mereka mahu memberi juga kerana mengikut amalan orang lain. Kalau boleh mereka tidak mahu malu pada tetamu yang datang berhari raya sedangkan selepas raya, ada yang bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Hariyati Ariffin, pemberian duit raya asalnya dari budaya Cina namun sejak kita mengasimil­asikan budaya kedua-duanya dalam masyarakat, ia kini menjadi satu kemestian pada hari raya.

Dalam keadaan ekonomi yang kurang kukuh dan mencabar, beliau berpendapa­t budaya ini lebih elok dihentikan secara perlahan-lahan namun diganti dengan barangan makanan dan cenderahat­i seperti majlis perkahwina­n.

"Sebenarnya anak sekarang amat berbeza berbanding zaman dulu. Ada segelintir yang diberi duit raya RM2 pun merungut dan tidak kurang juga yang mengatakan tuan rumah kedekut.

"Jadi untuk tidak mengajar mereka bersikap materialis­tik dan menghargai setiap sen dan ringgit, mungkin ada baiknya kita hentikan budaya duit raya. Mungkin tuan rumah sudah mula boleh menerangka­n pada kanak-kanak yang hadir bahawa sekarang duit raya sudah ditukar pada makanan seperti buah atau gula-gula.

"Memang bukan mudah hendak hentikan budaya ini secara drastik, ia perlu dibuat secara lebih berhemah dan dalam situasi menang menang dengan

 ??  ?? Memang bukan mudah hendak hentikan budaya ini secara drastik, ia perlu dibuat secara lebih berhemah dan dalam situasi menang menang dengan kedua-dua pihak berpuas hati DIDIK anak menghargai pemberian duit raya.
Memang bukan mudah hendak hentikan budaya ini secara drastik, ia perlu dibuat secara lebih berhemah dan dalam situasi menang menang dengan kedua-dua pihak berpuas hati DIDIK anak menghargai pemberian duit raya.
 ??  ?? PEMBERIAN duit raya lebih afdal diberi kepada golongan memerlukan.
PEMBERIAN duit raya lebih afdal diberi kepada golongan memerlukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia