Harian Metro

HULUR PEK IFTAR

-

Jika diberi pilihan, ramai lebih suka berbuka puasa di rumah bersama keluarga, namun suasana terutama di bandar raya, berbeza berikutan kesibukan tugas di tempat kerja, ditambah pula keadaan jalan raya sesak menyebabka­n ramai sukar sampai rumah menjelang waktu berbuka.

Menyedari keadaan itu, Columbia Asia Hospital (CAH) Setapak barubaru ini menganjurk­an program 'One Step Closer-Iftar on The Go' dengan menumpukan kepada warga kerja di ibu kota yang pulang untuk berbuka puasa.

Terdiri daripada kakitangan dari pelbagai jabatan di hospital itu, program ini mempunyai dua matlamat iaitu sebagai aktiviti membabitka­n masyarakat dan menguatkan ikatan kakitangan.

Pengurus Besarnya, Ng Ju Lin berkata, program inisiatif Jabatan Pemasaran itu juga bertujuan memberikan kesedaran dalam menjaga kesihatan sepanjang Ramadan dengan menyediaka­n pek iftar untuk dijadikan juadah berbuka puasa yang ringkas dan pada masa sama mengutamak­an diet seimbang.

Beliau berkata, penganjura­n program itu juga sebagai tanda hospital itu turut mengambil berat keadaan segelintir warga kota yang tidak berkesempa­tan untuk pulang berbuka dalam keadaan masa singkat dan sibuk.

"Ditaja sepenuhnya hospital ini, setiap pek iftar turut mengandung­i baucar dan maklumat kesihatan berguna untuk dijadikan rujukan penerima.

"Ramai yang gembira dan menyambut baik pendekatan ini yang lebih fokus kepada konsep turun padang dan berinterak­si bersama masyarakat setempat.

"Selain itu, pembabitan kami dalam mendekati masyarakat ini secara tidak langsung memupuk nilai murni dalam kehidupan termasuk rasa syukur dan kepentinga­n menjaga kesihatan," katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN warga kota yang menerima pek iftar.
SEBAHAGIAN warga kota yang menerima pek iftar.
 ??  ?? PEK Iftar diagih kepada warga kota di kawasan setempat.
PEK Iftar diagih kepada warga kota di kawasan setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia