Harian Metro

SUBUR NILAI PRIHATIN

- DARI MUKA H51

Laksana kempen kurangkan tabiat penggunaan plastik di kawasan bazar

Ramadan

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Wan Marhafidz Shah Wan Mohd Omar, plastik adalah bahan sisa pepejal kedua tertinggi menjadi punca kepada pencemaran sungai di Lembah Klang.

"Plastik komposisi sisa pepejal kedua yang paling tinggi dihasilkan selepas sisa makanan. Ia penyebab utama sistem perparitan di Lembah Klang tersumbat selain memberi pemandanga­n buruk sekitar Sungai Klang.

"Disebabkan penggunaan meluas dalam produk komersial termasuk makan dan minuman ia mudah ditemui. Ciri ringan membuatkan plastik mudah 'diterbangk­an' daripada tong sampah atau dibuang di tepi jalan dan apabila hujan ia akan disalurkan ke longkang yang berakhir di sungai.

Ini memberi kesan negatif terhadap estetika sungai dan kualiti air," katanya.

Justeru beliau menekankan kempen berterusan perlu dijalankan termasuk ketika Ramadan di kawasan tumpuan orang ramai antaranya bazar sebagai meraih perhatian umum terhadap mengurangk­an tabiat penggunaan plastik dalam urusan harian, sekali gus menanam nilai prihatin kepada kebersihan sungai.

"Walaupun RM3 bilion diperuntuk­kan di bawah projek Sungai

Nadi Kehidupan bagi membersihk­an Sungai Klang dan lapan anak sungainya, tetapi kita masih perlu bersamasam­a menjalanka­n tanggungja­wab masingmasi­ng. Selepas tujuh tahun projek dimulakan, kami sudah mencapai 86 peratus pelaksanaa­n bagi mencapai kualiti air Kelas IIB.

"Namun kejayaan projek ini sangat bergantung kepada mentaliti dan sikap masyarakat kita. Program pendekatan awam dilihat inisiatif utama dalam mengubah minda rakyat Malaysia bahawa sungai bukan kawasan pembuangan sampah, tetapi aset penting kita.

"Terutamany­a di bulan mulia yakni

Ramadan dilihat peluang meningkatk­an ibadat, perlu mengingatk­an diri untuk mengelak pembaziran makanan selain mengurangk­an kesan impak negatif terhadap sungai dan alam sekitar," katanya.

Selain agihan bekas makanan percuma, kad tebus diedarkan kepada pengunjung bazar Ramadan yang memerlukan mereka mengumpulk­an tiga cap pada kad berkenaan bagi setiap kali menggunaka­n bekas dan beg mesra alam untuk membungkus makanan dan minuman pada hari kempen.

Ganjaran berupa barangan runcit yang sebahagian­nya ditaja oleh 99 Speedmart.

Kempen ini juga dianjurkan sempena sambutan Hari Alam

Sekitar Sedunia 2018 selari dengan tema iaitu membantera­s pencemaran plastik.- Nurul Husna Mahmud

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia