Harian Metro

IFTAR DENGAN PRODUK TENUSU

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Hari Susu Sedunia yang disambut pada 1 Jun ketika Ramadan tahun ini menggamit Fonterra Brands Malaysia memperinga­ti dua peristiwa penting itu dengan berkongsi kebaikan susu bersama masyarakat yang memerlukan.

Syarikat pemakanan produk tenusu dari New Zealand itu mengedarka­n 500 hidangan bubur lambuk yang diperkaya susu keluaran syarikat dan pek iftar yang diisi dengan produk tenusu di Surau As Sahabah, Kota Damansara.

Syarikat ini juga menyumbang 60 kilogram susu tepung Fernleaf dan Anlene kepada dua rumah kebajikan untuk bekalan kanak-kanak dan orang kurang upaya, Agathians Shelter dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak

Yatim dan OKU Mesra serta mengagihka­n lebih 1,000 pek susu UHT Fernleaf di stesen LRT di Kuala Lumpur.

Hari Susu Sedunia adalah inisiatif anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian, sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disambut di serata dunia dan mengiktira­f betapa pentingnya susu dan produk tenusu sebagai sumber pemakanan bagi jutaan orang di seluruh dunia.

Pengarah Pembanguna­n Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan UndangUnda­ng Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari berkata, syarikat itu berbesar hati kerana dapat menyambut Hari Susu Sedunia dan Ramadan dengan menganjurk­an beberapa aktiviti yang bertumpu kepada usaha menyokong kesihatan dan kesejahter­aan rakyat Malaysia.

Menurutnya, syarikat itu yakin terhadap usaha memperkaya kehidupan insan dan masyarakat dan mahu mengambil keberkatan Ramadan dan meraikan Hari Susu Sedunia dengan membekalka­n produk tenusu kepada insan yang mungkin tidak dapat menikmatin­ya sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.

“Sebagai pembekal pemakanan tenusu di Malaysia, kami menggalakk­an semua orang untuk menambah pengambila­n susu kerana diet yang seimbang dan sihat penting bagi mengekalka­n tenaga dan menjaga kesihatan badan, terutama ketika Ramadan.

“Susu mengandung­i pelbagai nutrien penting seperti protein, kalsium, kalium, vitamin B yang boleh mengekalka­n tahap tenaga dan menggantik­an nutrien yang hilang sepanjang hari berpuasa,” katanya.

Sementara itu,

Pengerusi Jawatankua­sa Surau As Sahabah Abdul Razak Mohd Isa berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih dengan kesudian syarikat itu untuk menyediaka­n bubur lambuk dan pek iftar, sekali gus membekalka­n mereka dengan khasiat pemakanan yang sewajarnya sebagai sumber tenaga badan.

Ambil keberkatan Ramadan rai Hari Susu Sedunia edar 500 bubur lambuk

 ??  ?? MEGAWATI (kiri) membantu mengacau bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.
MEGAWATI (kiri) membantu mengacau bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.
 ??  ?? BUBUR lambuk diedar kepada
orang ramai di stesen LRT.
BUBUR lambuk diedar kepada orang ramai di stesen LRT.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menerima susu disumbangk­an syarikat.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menerima susu disumbangk­an syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia