Harian Metro

CERIA RAYA 100 KANAK-KANAK

-

Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya dan kesempatan yang ada terus digunakan banyak syarikat untuk berkongsi kegembiraa­n dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Guardian Malaysia (Guardian) misalnya antara yang menjadikan bulan ini sebagai medan merapatkan silaturahi­m dan menabur bakti kepada 100 kanakkanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutua­n, Kuala Lumpur.

Menariknya, syarikat itu turut membawa selebriti tanah air iaitu Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana untuk turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama kanak-kanak terbabit.

Penolong Pengurus Perhubunga­n Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Farahani Failul Rahman berkata, Ramadan adalah bulan yang dinanti untuk beribadat, malah menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik juga amat digalakkan.

Justeru, setiap tahun katanya, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian akan memainkan peranannya dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraa­n kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membelibel­ah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua rumah kebajikan ini.

“Selain baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant yang mana kanakkanak ini boleh membeli barangan keperluan hari raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa.

“Ia adalah kehadiran empat personalit­i yang mewakili kempen HariHari Cun Guardian untuk menceriaka­n lagi pengalaman membelibel­ah kanak-kanak ini dan berkongsi tip berguna mengenai tawaran hebat yang terdapat di Guardian,” katanya yang mengetuai pasukan Guardian dalam penganjura­n program itu di Pusat Latihan Kecemerlan­gan Dairy Farm Bandar Kinrara di Puchong, Selangor.

 ??  ?? KECERIAAN terpancar pada wajah semua kanak-kanak.
KECERIAAN terpancar pada wajah semua kanak-kanak.
 ??  ?? BARISAN selebriti menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak rumah kebajikan.
BARISAN selebriti menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak rumah kebajikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia