Harian Metro

PENTAS ULAT BUKU

-

Jururawat nadi sebuah hospital dan masyarakat. Mereka tidak hanya berkhidmat untuk perawatan dan penjagaan pesakit sebaliknya berperanan mendidik dan meningkatk­an kesedaran kesihatan ke arah penjagaan kendiri yang baik.

Meraikan sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei setiap tahun dan Hari Kebersihan Tangan Sedunia pada 5 Mei lalu, Hospital Pakar An-Nur (HPAN), Bandar Baru Bangi mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Mei bagi memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) buat kali kedua kepada masyarakat.

Menjayakan program ini Jabatan Pencegah Kawalan Infeksi HPAN menganjurk­an kempen kebersihan tangan di klinik pakar Hospital Pakar An-Nur dan Tadika Nur

Arif, Kajang bertujuan meningkatk­an kesedaran kanak-kanak, ibu bapa dan guru terhadap kepentinga­n kebersihan tangan dan cara membersih tangan dengan betul supaya dapat membasmi kuman sepenuhnya.

Kempen ini diketuai Pegawai Kawalan Infeksi, Ida Haryanti Mad Arshad yang menunjukka­n cara mencuci tangan kepada kanak-kanak.

“Melentur buluh biar daripada rebungnya saya yakin dengan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak dapat mengingatk­an mereka mengenai kebersihan dan amalan secara berterusan. Kanak-kanak juga adalah pengingat ibu bapa yang terbaik. Secara tidak langsung apa yang dipelajari dapat diamalkan di rumah,” kata Ida Haryanti.

Selain itu, Jabatan Kejururawa­tan HPAN juga turut mengadakan program bersama 62 warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih. Penghuni menunjukka­n rasa gembira apabila dapat bersama-sama melakukan aktiviti berkumpula­n dan senaman ringan, sekali gus merapatkan ukhuwah. HPAN juga membawa 10 jururawat untuk sesi fisioterap­i terutama bagi membantu mereka yang mengalami strok sambil diselia Pegawai Fisioterap­i HPAN, Sapuan Ab Hamid.

“Kami amat berterima kasih kepada jururawat HPAN kerana meluangkan masa bersama penghuni Pusat Jagaan Mahmudah. Aktiviti ini bermanfaat kepada semua penghuni kerana jalinan kasih sayang dan perhatian yang diberikan adalah sangat bermakna. Saya lihat setiap jururawat sangat komited mengutamak­an pesakit,” kata Pengurus Pusat

Jagaan Mahmudah, Sazali Mohiden.

 ??  ?? RUANG pameran Bookfest@Malaysia tahun lalu.
RUANG pameran Bookfest@Malaysia tahun lalu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jururawat yang menjayakan kempen kebersihan tangan di HPAN.
SEBAHAGIAN jururawat yang menjayakan kempen kebersihan tangan di HPAN.
 ??  ?? MAJLIS makan malam meraikan jururawat.
MAJLIS makan malam meraikan jururawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia