Harian Metro

SISI BERBEZA MAKHLUK HALUS

-

Telefilem komedi seram

The Hantus memaparkan sisi berbeza sekumpulan makhluk halus yang pasti membuat penonton ketawa hingga tak kering gusi.

Plot cerita pula berbeza iaitu disampaika­n dalam lima bab yang berhubung kait antara satu sama lain.

Diterbitka­n Nabil

Ahmad selaku penulis skrip dan pengarah bersama, telefilem ini diinspiras­ikan daripada kisah seram popular seperti Volkswagen Kuning, Hantu Kak Limah dan taman tema terbiar iaitu Mimaland.

Nabil ketika ditemui baru-baru ini menafikan statusnya sebagai pelawak dan pengacara terkenal sejak satu dekad lalu memudahkan dia menerbitka­n The Hantus di Astro First Eksklusif.

Walaupun Astro menjadi tempat dia mencari rezeki, Nabil menegaskan mengikuti saluran dan prosedur sah.

“Saya tidak menggunaka­n orang dalam sebagai jalan pintas untuk mengeluark­an telefilem ini. Sebaliknya, saya bermula dengan membentang­kan idea kepada pihak produksi.

“Ketika itu, saya hadir sebagai pengkarya dan bukan selebriti. Kalau skrip saya tidak bagus, mana mungkin Astro mahu luluskan,” katanya.

Menurut Nabil, dia berani mengambil risiko mengeluark­an bajet hampir RM500,000 untuk pembikinan telefilem arahan sutradara Helmi Yusof itu kerana serius.

“Menerusi The Hantus, penonton boleh menilai sama ada saya layak bekerja di belakang tabir atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, skrip sekuel The Hantus 2 sudah selesai dan perlu menunggu lampu hijau daripada Astro untuk pembikinan.

Sementara itu, penggambar­an The Hantus dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan

 ??  ?? TENAGA kerja The Hantus yang bertungkus lumus
menghasilk­an yang terbaik untuk
penonton.
TENAGA kerja The Hantus yang bertungkus lumus menghasilk­an yang terbaik untuk penonton.
 ??  ?? GANDINGAN hebat Nabil dan Helmi Yusof di kerusi pengarah.
GANDINGAN hebat Nabil dan Helmi Yusof di kerusi pengarah.
 ??  ?? THE Hantus turut membabitka­n babak kemalangan bas jatuh ke dalam gaung.
THE Hantus turut membabitka­n babak kemalangan bas jatuh ke dalam gaung.
 ??  ?? DI antara barisan pelakon dan tenaga kerja The Hantus.
DI antara barisan pelakon dan tenaga kerja The Hantus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia