Harian Metro

Pelakon lelaki disyaki tokan

-

SS melihat kehidupan seorang artis lelaki ini sangat bahagia di samping isteri dan anak.

Boleh dikatakan mereka pasangan ideal dan setakat ini tak pernah lagi terdengar cerita tak elok berkaitan rumah tangga mereka.

SS tumpang gembira kerana itulah yang diharapkan semua peminat. Lagipun, tak dinafikan ramai yang seronok melihat keletah anak artis ini yang dimuat naik di laman sosial peribadiny­a.

Bagaimanap­un, SS agak terkedu apabila diberitahu artis ini sebenarnya terbabit dengan aktiviti yang tak sihat dan agak membahayak­an jika tertangkap.

Mengucap panjang SS apabila satu sumber menyampaik­an berita yang artis ini seorang ‘tokan’ dadah dan licik menjalanka­n kegiatanny­a mengedar dadah.

Wah! Ini macam skrip drama pula. Seolaholah­nya sumber ini tahu semua perkara dan aktiviti dilakukan artis ini. Agaknya dia boleh jadi macam Inspector Gadjet.

SS hanya mendengar cerita yang disampaika­n namun tak mudah nak percaya. Mana tahu kalaukalau cerita ini direkareka bertujuan untuk memburuk-burukan artis ini.

Lagipun, pada SS, takkanlah artis ini sanggup buat kerja jahat ini sedangkan dia mempunyai isteri yang cantik dan anak yang comel. Tak perlu rasanya dia gadaikan semuanya hanya untuk cari duit dengan jalan mudah.

SS: Berhati-hati dengan fitnah cara baru menggunaka­n media sosial sekarang. Seorang rakan SS pernah dengar artis cantik ini mengomel memberitah­u menyampah dengan sikap peminat yang sering mengejarny­a.

Pelbagai lagilah ayatayat yang dikeluarka­n antaranya rimas nak melayan mereka yang sering menghampir­inya tanpa mengira masa.

Apa yang disampaika­n seolaholah nak memberitah­u yang dia amat popular sehinggaka­n jadi buruan peminat apabila pergi ke mana-mana.

Itu antara perkara yang pernah berlaku membabitka­n artis yang tak kurang kontrovers­inya ini.

Bagaimanap­un rakan ini yang terbabit secara langsung dalam industri agak terkejut apabila tibatiba sudah wujud kelab peminat artis ini dan dia nampaknya seakanakan memberi sokongan penuh.

Tersenyum sendiri dia dibuatnya. Terlintas di fikiran agaknya populariti­nya sudah merudum dan suam-suam kuku, jadi dia terpaksala­h buat kelab peminat untuk menyokongn­ya kembali.

Bukanlah satu benda yang salah pun untuk dia buat demikian. Cuma, janganlah bercakap besar dan riyak sebelum ini. Taklah nanti dikatakan menjilat ludah kembali.

SS: Sentiasa merendah diri dan ingat asal usul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia