Harian Metro

Cincin kahwin lesap

Penjenayah pecah rumah larikan barang kemas pengantin baru

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Cincin dan barang kemas hantaran perkahwina­n antara dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumah pengantin baru di sebuah kondominiu­m di Jalan Sentul Pasar, di sini.

Kejadian itu hanya disedari mangsa berusia 28 tahun yang baru dua bulan berkahwin selepas pulang dari bercuti ke kediaman mereka, Sabtu lalu.

Selain melarikan cincin dan barang kemas yang juga hantaran perkahwina­n pasangan terbabit, penjenayah mengambil beberapa barangan berharga lain dari rumah mangsa mengakibat­kan kerugian RM10,000.

Nurul Izzati Abdul Aziz, 28, berkata, kejadian disedari selepas dia bersama suami memasuki rumah itu di tingkat 24 jam 4.30 pagi, Sabtu lalu.

Katanya, ketika tiba di rumah dia dan suami menyedari tingkap serta pagar besi di bahagian dapur terbuka sebelum bergegas membuka pintu depan untuk melakukan pemeriksaa­n.

“Saya terkejut apabila mendapati rumah dalam keadaan berselerak. Saya terus memeriksa barangan berharga disimpan dalam rumah dan mendapati dilarikan penjenayah.

“Antara yang hilang adalah barang kemas dijadikan hantaran perkahwina­n, cincin kahwin, wang tunai RM500, komputer riba dan telefon bimbit dengan jumlah keseluruha­n kerugian yang dianggarka­n RM10,000,” katanya.

Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur itu berkata, dia dan suami meninggalk­an rumah selama dua minggu untuk bercuti pada 24 Mei lalu pada jam 3.30 petang sebelum tiba di rumah pada jam 4.30 pagi Sabtu lalu.

“Walaupun rumah saya tidak pernah dipecah masuk sebelum ini, namun banyak kediaman lain turut berdepan kejadian sama dengan terbaru menimpa jiran bulan lalu membabitka­n kerugian kira-kira RM60,000.

“Malah, saya dimaklumka­n pihak polis bahawa boleh dikatakan hampir setiap bulan kejadian pecah rumah dilaporkan membabitka­n kondominiu­m ini. Saya harap pihak pengurusan dan keselamata­n kondominiu­m mengambil tindakan untuk membendung kejadian ini daripada berulang,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

Mangsa kerugian RM10,000 dilarikan penjenayah

 ??  ?? PAGAR besi di dapur mangsa di sebuah kondominiu­m terbuka selepas penjenayah memecah masuk kediaman itu, kelmarin.
PAGAR besi di dapur mangsa di sebuah kondominiu­m terbuka selepas penjenayah memecah masuk kediaman itu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia