Harian Metro

Hargai peluang ‘menumpang’ di Malaysia

-

Jitra: Keperitan hidup di negara sendiri mengajar dua remaja Rohingnya menghargai setiap peluang diberikan sepanjang tinggal di Malaysia.

Mohd Umair Mohd Zubir, 12, dan Mohd Sadiq Mohd Toyub,14, dari Maahad Tahfiz Al-Quran Litarbiy Arqan di Taman Sri Naga dikurniaka­n akal yang cergas apabila hanya mengambil masa setahun bagi menghafal 30 juzuk al-Quran.

Kebolehan mereka menghafal dengan begitu pantas dikagumi 46 rakan lain termasuk empat tenaga pengajar di pusat pengajian itu.

Menurut Mohd Umair, dia sangat bersyukur diberi peluang belajar di maahad itu selepas melarikan diri ke Malaysia bersama keluargany­a pada 2013.

“Jika mahu menghafal al-Quran di Arakan sangatlah sukar, banyak madrasah sudah dibakar, saya hidup dalam ketakutan melihat pembunuhan di sana sini. Apabila mendapat peluang melarikan diri bersama keluarga, saya sangat bersyukur sampai dengan selamat di bumi bertuah ini.

“Kerana itulah saya mahu belajar dan menghafaz al-Quran sebaik mungkin, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada,” katanya.

Mohd Sadiq pula berkata, dia tidak mempunyai petua khas untuk menajamkan ingatan melainkan menurut semua peraturan di maahad berkenaan.

Katanya, dia sentiasa berdisipli­n dengan bangun seawal jam 4 pagi melakukan solat sunat Tahajud sebelum menghafal al-Quran sehinggala­h waktu subuh.

 ??  ?? MOHD Umair (kiri) dan Mohd Sadiq ketika memperdeng­arkan bacaan al-Quran pada Hari Anugerah Cemerlang maahad berkenaan.
MOHD Umair (kiri) dan Mohd Sadiq ketika memperdeng­arkan bacaan al-Quran pada Hari Anugerah Cemerlang maahad berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia