Harian Metro

Senam masuk longkang

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Warga emas ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah

Rutin harian seorang lelaki warga emas bersenam di taman permainan bertukar tragedi apabila dia ditemui mati selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 10 meter (m) di Jalan 25/52B Bandar Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 63 tahun dikatakan bersenam di taman permainan terletak 200 meter dari rumah bersama anjing peliharaan­nya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang menemui mayat mangsa di dalam longkang berkenaan pada jam 6.30 petang.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat luka di kepala. Pasukan perubatan dari Hospital Selayang yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaa­n awal mendapati ada luka pada lutut mangsa, selain pendarahan di bahagian telinga, hidung serta kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Munusamy berkata, pihaknya turut menemui dompet dan telefon bimbit milik lelaki warga emas berkenaan di tempat kejadian.

“Ahli keluarga mangsa memaklumka­n dia tidak menghidap sebarang penyakit kronik dan sering bersenam di taman permainan berkenaan.

“Ketika kejadian, dia ada membawa bersama anjing peliharaan­nya dan haiwan itu pulang ke rumah selepas mangsa terjatuh ke dalam longkang.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? LELAKI warga emas yang maut akibat terjatuh longkang sedalam 10 meter berhampira­n taman permainan, semalam.
LELAKI warga emas yang maut akibat terjatuh longkang sedalam 10 meter berhampira­n taman permainan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia