Harian Metro

Bakti di kem pelarian

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.©om.my

 Penuntut korban masa rehat selepas kuliah ajar anak Syria secara sukarela

Tersentuh melihat keadaan anak pelarian Syria di kem pelarian Jordan hidup dalam serba kekurangan membuka hati Ahmad Taqiyuddin Muhamad, 20, berbakti kepada golongan itu menerusi pendidikan sejak dua tahun lalu.

Penuntut tahun dua Sarjana Muda Syariah Universiti Yarmouk, Jordan itu sanggup mengorbank­an masa rehat selepas kuliah setiap hari dengan menawarkan diri sebagai tenaga pengajar kepada golongan terbabit secara sukarela.

Dia memanfaatk­an peluang itu sebaik mungkin selepas menyertai komuniti sukarelawa­n muda Teach For The Needs (TFTN) for Syria, Jordan pada penghujung 2016 dengan objektif utama meningkatk­an tahap pembelajar­an kanak-kanak Syria yang berlindung di kem pelarian Jordan.

Ahmad Taqiyuddin berkata, penubuhan TFTN for Syria susulan daripada idea Ketua Pegawai Eksekutif TFTN Malaysia, Muhammad Ishak Ahmad untuk menyediaka­n platform kelas tuisyen dan pusat aktiviti berfaedah buat kanak-kanak pelarian di bumi Jordan.

“Sekolah TFTN di Irbid bermula pada penghujung 2014 melalui hasil kerjasama antara TFTN dan Malaysian Arabian Cultural Society (MACS) bagi membantu anak-anak pelarian Syria.

“Saya hanya penyambung legasi kumpulan sukarelawa­n terdahulu.

“Perkara utama yang mendorong saya menyertai kerja sukarela ini kerana pengalaman berharga itu tidak mungkin diperoleh di tempat lain, jadi saya tidak kisah walaupun perlu mengorbank­an sebahagian perkara yang saya suka buat contohnya keluar dengan rakan.

“Apa yang penting saya perlu bijak mengurus dan membahagik­an masa sebagai penuntut universiti dan sukarelawa­n,” katanya.

Menurut Pengurus TFTN for Syria, Jordan itu, program dikendalik­an TFTN membantu meningkatk­an tahap pembelajar­an dan keyakinan kanak-kanak berkenaan yang kebanyakan­nya jauh ketinggala­n dalam aspek pendidikan.

“Secara amnya, memang mereka pergi ke sekolah, tetapi sekolah diperuntuk­kan untuk Syria di sini tidaklah begitu baik. Apa yang menyedihka­n ada antara anak-anak pelarian ini sudah belajar di tahun tiga atau empat tetapi membaca pun tak boleh lagi.

“Jadi melalui TFTN, kami menghidupk­an sebuah tempat sebagai sekolah tambahan buat mereka membabitka­n sesi pembelajar­an selama sejam setiap petang.

“TFTN juga berperanan sebagai tempat anak-anak ini berkumpul membuat aktiviti berfaedah daripada membiarkan mereka bermain di tepi jalan kerana ada sebahagian daripadany­a tidak berpeluang langsung ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, kaedah pembelajar­an TFTN dibahagika­n kepada dua peringkat mengikut tahap usia dan minat kanak-kanak yang dianggarka­n seramai 70 orang.

“Sesi pembelajar­an diagihkan kepada dua bahagian iaitu kelab dan tuisyen akademik,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Taqiyuddin bersama rakan sukarelawa­n anak pelarian Syria yg mengikuti program di sekolah TFTN di Irbid, Jordan.
AHMAD Taqiyuddin bersama rakan sukarelawa­n anak pelarian Syria yg mengikuti program di sekolah TFTN di Irbid, Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia