Harian Metro

Ajal atas jalan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang­nya bergesel dengan sebuah kereta sebelum terjatuh di Kilometer 5.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Jalan Kuching, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa, Mohd Hasnidar Kaslain, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superinten­dan

Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan membabitka­n motosikal Yamaha Ego ditunggang mangsa dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dipandu seorang wanita.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV berkenaan dari arah susur keluar Gombak, Selangor ke Lebuhraya DUKE bergerak ke kanan untuk masuk ke lorong kedua.

“Sebaik tiba di lokasi, MPV itu bergesel dengan sebuah motosikal yang bergerak terus dari arah Ampang di lorong kedua dari kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sarifudin berkata, mayat

 Lelaki maut motosikal ditunggang bergesel MPV

mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MANGSA disahkan maut akibat parah di kepala.
MANGSA disahkan maut akibat parah di kepala.
 ??  ?? KEADAAN motosikal ditunggang mangsa.
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia