Harian Metro

Bicara Rahman, Rafizi 3 September

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan tiga hari bermula 3 September ini untuk perbicaraa­n kes saman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berhubung kontrak pelaksanaa­n Ekspo Negaraku 2017.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam di kamarnya.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Abdul Rahman ketika ditemui berkata, mahkamah juga menetapkan 23 Julai ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Rahman sebagai plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Rafizi sebagai defendan.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, Abdul Rahman mendakwa pada 10 November 2017, defendan melalui status di laman Facebook miliknya memaklumka­n akan mengadakan sidang media bagi mendedahka­n penyelewen­gan membabitka­n seorang menteri.

Pada 11 Disember tahun lalu, defendan mengadakan sidang media bertajuk ‘Skandal Baru UMNO, Menteri Mana Pula Yang Kena?’ di pejabatnya di Sungai Besi di sini, dengan dihadiri wartawan daripada pelbagai media.

Beliau mendakwa sidang media itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook milik Rafizi iaitu Rafizi Ramli @ rafiziraml­i.keadilan.

Pada sidang media itu, defendan didakwa secara semberono dan berniat jahat menerbitka­n atau menyebabka­n kenyataan fitnah dan palsu serta berniat jahat diterbitka­n merujuk kepadanya.

Plaintif mendakwa fitnah itu membawa maksud beliau tidak jujur dan korup, selain menuduhnya terbabit dengan transaksi mengeliruk­an.

Akibat pernyataan fitnah itu, plaintif mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas serta dipandang rendah dan hina oleh masyarakat umum.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan selain perintah injunksi supaya defendan melalui dirinya atau wakil dihalang daripada menerbitka­n, mengeluark­an dan mencetak perkataan sama yang memfitnah plaintif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia