Harian Metro

Dendam berdarah

Lelaki ditetak akibat suspek tak puas hati mangsa buat laporan polis terhadapny­a

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Balas dendam dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditetak pada kedua-dua tangan dan kaki kiri dalam kejadian di terowong Lembah Subang Jalan PJU 1A/42, Kelana Jaya, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di depan sebuah restoran di Jalan Gasing, di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

“Berdasarka­n siasatan dilakukan mendapati suspek menyerang mangsa kerana mahu membalas dendam selepas lelaki berkenaan membuat laporan polis mengenainy­a pada Mac lalu.

“Difahamkan, mangsa membuat laporan polis mengenai sekumpulan lelaki membuat bising dan minum arak di sebuah tempat letak kenderaan di Kota Damansara, di sini, sebelum mereka disuraikan polis,” katanya.

Katanya, polis membuat permohonan reman terhadap suspek semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun cedera pada kedua-dua tangan dan kaki kiri dipercayai ditetak menggunaka­n senjata tajam.

Ketika ditemui, mangsa masih bernafas dan dalam keadaan lemah kerana kehilangan banyak darah selain trauma serta tidak dapat bercakap.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai diserang ketika berada dalam terowong berkenaan kerana titisan darah mangsa terdapat di sepanjang laluan dan motosikal jenis Honda EX5 miliknya temui di hujung terowong arah berbeza.

Kedua-dua tangan dan

kaki kiri dipercayai ditetak menggunaka­n

senjata tajam

 ??  ?? MANGSA ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
MANGSA ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia