Harian Metro

Siap sedia di 18 lokasi panas

-

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menempatka­n pasukannya bersama jentera di 18 lokasi dikenal pasti kerap berlaku kemalangan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Pantai Timur II (LPT II) sempena Op Raya 2018.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid berkata, menerusi operasi itu pihaknya menempatka­n satu unit jentera berat bomba (FRT/LFRT) dengan kekuatan tujuh pegawai serta Unit Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama tiga pegawai.

“Ini bagi memastikan pasukan bomba dapat memberi respon dan bantuan lebih pantas jika berlaku kemalangan di tiga lebuh raya terbabit.

“Bagi tujuan itu juga, pegawai dan anggota JBPM akan bertugas selama 24 jam secara bergilir untuk bersedia menangani insiden kebakaran serta kerja penyelamat­an seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya,” kata ketika berucap dalam majlis Pelancaran Operasi Raya JBPM, di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Mohammad Hamdan berkata, seramai 11,200 pegawai dan anggota daripada 14,000 keseluruha­n kakitangan­nya akan bertugas sepanjang cuti Aidilfitri kali ini bagi memenuhi tuntutan tugas masing-masing.

“Ini termasuk kakitangan di semua 290 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD Hamdan
MOHAMMAD Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia