Harian Metro

260 mesin judi dirampas

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Polis merampas 260 mesin simulator judi dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Baru Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil maklumat diperoleh daripada gambar dan status dimuat naik di Facebook (FB) yang tular sejak pagi semalam, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh melakukan serbuan di gudang berkenaan jam 8.30 pagi.

“Sebaik tiba, anggota membuka pintu utama, mereka menemui 260 mesin simulator judi yang rosak dan berdebu disimpan di dalam gudang berkenaan.

“Kami masih menyiasat tujuan mesin simulator berkenaan disimpan di dalam gudang itu dan tidak ada tangkapan dibuat memandangk­an tiada individu di dalam premis ketika serbuan dijalankan,” katanya dalam sidang media di lokasi, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Penguatkua­saan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, Mohamad Sabri Saad dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan S Somu.

Difahamkan, mesin simulator berkenaan dipercayai disimpan di dalam gudang itu sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan memuat naik status di FB mendakwa polis dan JKDM gagal membongkar gudang yang menyimpan mesin judi di Kampung Baru Sungai Buloh.

Beliau mendakwa, gudang itu menyimpan mesin judi yang diimport sebelum diedarkan kepada premis judi di seluruh negara.

Sanjeevan turut mempersoal­kan sama ada polis akan melakukan serbuan dan mengambil tindakan terhadap pemilik gudang itu.

Mazlan berkata, usaha berterusan sedang dijalankan untuk menghapusk­an aktiviti perjudian di Selangor.

 Maklumat diperoleh daripada gambar, status dimuat naik di FB sejak pagi semalam

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengalu-alukan kepada mana-mana syarikat yang berminat membina lapangan terbang baru lebih besar di Pulau Tioman.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata, kemudahan lapangan terbang sedia ada tidak sesuai bagi pesawat besar mendarat di pulau peranginan itu.

“Masalah di Tioman ialah tiada kawasan sesuai untuk pesawat besar mendarat kerana ia berbukit dan landasanny­a kecil melainkan terpaksa menambak laut untuk membesarka­n landasan.

“Tetapi sudah tentu kerja menambak laut tidak diluluskan kerana ia memberi kesan terhadap laporan penilaian alam sekitar ( EIA). Inilah masalah dihadapi sebelum ini.

“Tetapi saya mengalu-alukan jika ada usahawan yang kreatif yang dapat membina landasan membolehka­n pesawat besar mendarat di Tioman.

“Dulu ada pesawat kecil yang hanya boleh bawa enam penumpang saja dan ia tidak mencukupi. Sekarang pesawat ada mampu bawa 20 hingga 25 penumpang.

“Kena ada landasan besar untuk membolehka­n pesawat besar mendarat. Mungkin ada teknik baru (bina landasan) kita alu-alukan,” katanya kepada media selepas taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, semalam.

 ??  ?? MAZLAN (dua dari kiri) merampas 260 mesin simulator judi dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Baru Sungai Buloh, semalam.
MAZLAN (dua dari kiri) merampas 260 mesin simulator judi dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Baru Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia