Harian Metro

Kaji terperinci sebelum laksana

-

Kajian yang menyeluruh dan terperinci perlu dilaksanak­an sebelum projek kereta nasional baru dibuat dalam usaha memastikan keputusan itu tidak merugikan negara serta membebanka­n rakyat.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Dr Ahmed Razman Abdul

Latiff berkata, walaupun ia masih terlalu awal membuat kesimpulan, perancanga­n yang dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilihat sebagai langkah jangka masa panjang negara.

“Rancangan (memulakan syarikat kereta nasional) baru ini dijangka tidak akan mengambil model perniagaan seperti Proton, sebaliknya akan menyasarka­n pasaran global dan serantau.

“Sebelum ini, kegagalan Proton adalah kerana ia hanya menumpukan pasaran tempatan yang kecil dan ini tidak memungkink­an ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, meskipun pembanguna­n pengangkut­an awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan

Transit Aliran Ringan (LRT) merancakka­n ekonomi negara, pemilikan kereta masih perlu di Malaysia.

“Rancangan ini dilihat memberi penekanan kepada menghasilk­an pekerja berkemahir­an tinggi dalam kalangan warga tempatan, malah selain memberi tumpuan kepada pasaran lebih besar, fokus beliau dilihat ke arah menghasilk­an teknologi permotoran seperti enjin dan komponen buatan tempatan.

“Bagaimanap­un, semua keputusan perlu dibuat kajian dengan teliti merangkumi manfaat jangka masa panjang, keperluan semasa, kekukuhan ekonomi dan manfaat kepada rakyat secara amnya,” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Automotif dan Pengarang Portal Pemotoran mekanika.com.my, Irwan Asri Mohd Nor berkata, hasrat kerajaan untuk memulakan projek kereta nasional baru sesuatu yang tidak relevan ketika ini memandangk­an sukar jenama baru menembusi pasaran baru dan sedia ada dalam suasana industri itu sudah mencapai

tahap tepu.

 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmed Razman
DR Ahmed Razman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia