Harian Metro

KERETA NASIONAL KETIGA

-

Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baru menerusi kerjasama negara serantau lain, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sesi dialog Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidanga­n Antarabang­sa Nikkei Ke-24 semalam, Dr Mahathir berkata, Proton kini bukan lagi kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat terbabit kini dimiliki syarikat China, Geely.

“Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau,” katanya.

Menurutnya, Thailand dan Jepun antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya mengenai potensi pembanguna­n industri baru Malaysia dan bagaimana pelabur asing dapat melengkapk­an senario itu.

“Kita mungkin mengharap rakan asing pada permulaan, tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi diguna pakai,” katanya.

Sementara itu, pada sesi dialog dengan wartawan Jepun di Japan National Press Club, Dr Mahathir berkata, dalam tempoh 20 tahun Malaysia bekerjasam­a dengan Mitsubishi Motor Corp, negara memperoleh banyak kepakaran dan teknologi berkaitan reka bentuk serta pembuatan kereta baru.

“Bagaimanap­un, ada ba-

 Projek baru dengan kerjasama negara serantau

hagian tertentu kereta yang terlalu mahal untuk dibangunka­n dan kita mungkin mendapatka­nnya dari negara lain termasuk Jepun,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir berucap ketika sesi dialog Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Masa Depan Asia, semalam.
DR Mahathir berucap ketika sesi dialog Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Masa Depan Asia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia