Harian Metro

Projek KLIA Aeropolis, DFTZ tetap berjalan

-

KLIA Aeropolis dan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) Park tidak akan dihentikan, malah akan diteruskan mengikut jadual asal.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata, tiada arahan atau pengumuman kerajaan untuk mengubah atau memansuhka­n projek berkenaan.

“Saya sudah memberi taklimat kepada Menteri Pengangkut­an yang projek ini membabitka­n MAHB dan Alibaba. Pembabitan kerajaan dalam projek ini agak kecil,” katanya kepada media selepas taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di sini, semalam.

Menyasarka­n perniagaan

kecil dan sederhana, DFTZ dilancarka­n pada November tahun lalu dan dijangka menjadi hab logistik serantau. Ia dijadual memulakan operasi pada 2020.

Malaysia dipilih bagi menempatka­n DFTZ kerana kedudukann­ya sebagai hab penting bagi Jalan Sutera Maritim serta usaha agresif negara untuk membangunk­an ekonomi digital.

Sementara itu, mengenai KLIA Aeropolis, Badlisham berkata, pembanguna­n masih dijalankan dengan beberapa komitmen telah dibuat.

“Kami telah membuat komitmen sama ada untuk sebuah taman outlet, pusat beli-belah, gudang logistik, atau lain-lain yang dilakukan untuk Lapangan Terbang Subang bagi menarik lebih ramai pelabur.

“Ini akan diteruskan seperti biasa kerana kita tahu apa yang pasaran inginkan. Kami sudah mempunyai pelanggan untuk apa yang dirancang dan diharap akan menandatan­gani lebih banyak perjanjian apabila kami pergi ke Pertunjuka­n Udara Antarabang­sa Farnboroug­h pada Julai,” katanya.

KLIA Aeropolis, hab logistik udara yang telah dimasukkan ke dalam DFTZ akan dibina di atas tapak seluas 404.7 hektar di sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan dilancarka­n pada 2016.

 ??  ?? MOHD Badlisham hadir ketika taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.
MOHD Badlisham hadir ketika taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia