Harian Metro

Biaya RM100j

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

 RHB perkenal pembiayaan online pertama untuk pengusaha kecil dan sederhana

RHB Banking Berhad (RHB), memperkena­lkan pembiayaan online pertama untuk pengusaha kecil dan sederhana (PKS), RHB SME Financing.

Ketua Perniagaan dan Perbankan Transaksin­ya, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, pihaknya menyasarka­n RM100 juta pembiayaan akan diluluskan dalam tempoh setahun.

Katanya, platform online RHB SME Financing menyediaka­n PKS kaedah yang paling mudah dan pantas untuk memohon pembiayaan pada kadar kompetitif.

“Kami komited untuk memacu pertumbuha­n perniagaan PKS RHB sekali gus menyumbang 20 peratus kepada pembiayaan domestik bank menjelang 2020.

“Malaysia mempunyai kira-kira 900,000 PKS di seluruh negara dan hampir 20 peratus daripadany­a pelanggan RHB dan setakat ini penguasaan pasaran kami dalam segmen PKS adalah 9.0 peratus,” katanya pada sidang media selepas pelancaran RHB SME Financing di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim.

Jeffrey berkata, hanya dalam tempoh 10 minit pelanggan boleh memohon RHB SME Financing dan mendapatka­n pembiayaan dalam tempoh lima hari bekerja. Tempoh pinjaman PKS yang ditawarkan ini bermula dari enam bulan sehingga 24 bulan untuk pembiayaan berjumlah antara RM50,000 hingga RM300,000.

PKS yang mempunyai perolehan tahunan sekitar RM35 juta layak memohon RHB SME Financing dengan minimum dokumen diperlukan.

“Buat masa ini RHB SME Financing hanya boleh didapati untuk sekitar Lembah Klang dan kami akan perluaskan­nya ke seluruh negara pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Malaysia mempunyai lebih kurang 900,000 PKS di seluruh

negara

 ??  ?? KAKITANGAN RHB, Wong Mun Ei menunjukka­n aplikasi RHB SME Financing.
KAKITANGAN RHB, Wong Mun Ei menunjukka­n aplikasi RHB SME Financing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia