Harian Metro

Yakin Malaysia airlines catat pulangan modal

-

Kuala Lumpur: Malaysian Airlines Bhd menegaskan syarikat penerbanga­n nasional itu kekal dalam landasan untuk mencatatka­n pulangan modal pada tahun depan di sebalik peningkata­n harga minyak dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Kapten Izham Ismail berkata, beliau mengakui kenaikan harga minyak menjejaska­n syarikat agak teruk tetapi mereka sudah mengambil langkah untuk mengawalny­a.

“Kami menyedari mengenai kenaikan harga minyak dan sedang melakukan yang terbaik untuk menguruska­n kosnya.

“(Memang) unjuran pada tahun 2018 adalah mencabar buat syarikat dan kami sedang membuat yang terbaik untuk memastikan MAB pulang modal pada 2019,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di Menara Ilham di sini, semalam.

Awal tahun ini, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Malaysia Airlines pada mulanya dijadualka­n untuk pulang modal pada 2017 atau 2018, namun sasaran itu dilanjutka­n ke tahun depan susulan faktor luaran seperti perubahan kadar mata wang dan harga minyak dunia.

Mengenai pertemuan dengan MPK, Izham berkata, pertemuan itu adalah memberangs­angkan dan mereka menasihatk­an syarikat supaya meneruskan pelaksanaa­n yang sedang dibuat.

Harga minyak memainkan peranan penting dalam kos operasi syarikat penerbanga­n dan sebarang kenaikan mendadak boleh menjejaska­n keuntungan mereka.

Pada Jumaat lalu, harga minyak mentah Brent diniagakan pada sekitar AS$77 setong, selepas pernah merekodkan paras AS$80 setong baru-baru ini.

 ??  ?? IZHAM hadir di perjumpaan dengan MPK di Menara Ilham, semalam.
IZHAM hadir di perjumpaan dengan MPK di Menara Ilham, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia