Harian Metro

Hendra dilantik Ketua Pegawai Fintech CIMB

-

CIMB Group (CIMB) melantik Hendra Lembong sebagai Ketua Pegawai Fintech (Teknologi Kewangan) berkuat kuasa 1 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, beliau gembira dengan pelantikan Hendra yang berpengala­man luas.

“CIMB Fintech adalah unit strategik CIMB untuk memeriksa dan melabur dalam teknologi baru yang merangkumi antara lain AI, blockchain, sains data dan pembelajar­an mesin, untuk membolehka­n kami mendigital­kan teras kami dan meningkatk­an pengalaman pelanggan.

“Oleh itu, CIMB FinTech akan memainkan peranan penting dalam perumusan strategi pertumbuha­n jangka sederhana yang akan datang. Saya yakin dengan pengalaman luas dan kepemimpin­an kukuh Hendra, CIMB Fintech akan berada di landasan untuk membantu kumpulan mencapai cita-cita digital untuk meningkatk­an cadangan nilai kami untuk pihak berkepenti­ngan kumpulan dan 13 juta pelanggan di seluruh ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Hendra memulakan kerjaya di CIMB pada 2013 sebagai Ketua Perbankan Transaksi CIMB Niaga, Indonesia.

Pada 2017, peranan beliau diperluask­an ke peringkat serantau kepada Ketua Pegawai Eksekutif perbankan transaksi kumpulan.

Hendra memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Kejurutera­an Kimia dari University of Washington, Amerika Syarikat, dan Sarjana Sains dalam Sistem Kejurutera­an-Ekonomi, Stanford University, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia