Harian Metro

FORTNITE PUNYA PENANGAN

- Agensi

 Budak perempuan jalani pemulihan ketagihan permainan video

Keluarga seorang budak perempuan sembilan tahun di London, terpaksa menghantar­nya menjalani pemulihan ketagihan permainan video yang teruk sehingga enggan ke mana-mana malah sanggup membuang air kecil di depan televisyen.

Budak perempuan itu juga memberonta­k dan pernah memukul muka bapanya yang berusaha membuatnya berhenti bermain.

Permainan video Fortnite yang sudah dimuat turun 40 juta kali sejak dilancarka­n Julai tahun lalu, menjadi kegilaan budak sekolah rendah itu.

Menurut keluargany­a, budak berkenaan mencuri-curi bermain permainan video itu menggunaka­n konsul Xbox pada waktu malam sehingga 5 pagi dan tidak mahu ke tandas kerana tidak mahu meninggalk­an permainan berkenaan.

Budak perempuan itu yang kini menjalani terapi intensif bagi menghilang­kan ketagihann­ya itu, bermain sehingga 10 jam sehari, kebanyakan­nya sebelah malam menyebabka­n dia sering tertidur di sekolah.

Dia memukul bapanya yang mahu mengambil konsul Xbok berkenaan untuk disimpan.

Ibu budak itu memberitah­u The Mirror: “Suami saya mengesan perbuatann­ya mencuri-curi bermain pada waktu malam selepas ternampak cahaya dalam biliknya.

“Dia mendapati kusyen diduduki anak kami basah dengan air kencingnya.”

Menurutnya, masalah itu menjejaska­n kehidupan anak mereka dan kanak-kanak lain serta mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.

Mereka menghadiah­kan Xbox kepada budak itu Januari lalu, dan dia kemudian memuat turun Fornite.

Dua bulan kemudian, sikap budak itu berubah menjadi membimbang­kan dengan guru melaporkan dia sering tidur di sekolah dan prestasi pelajarann­ya merosot.

Budak yang aktif bersukan itu menjadi malas dan keletihan untuk gimnasium atau kelas balet.

Dia juga membeli keperluan tambahan bagi meningkatk­an prestasi wataknya dalam permainan video itu dari Microsoft yang dimasukkan ke dalam akaun kad kredit ibu bapanya sebanyak lebih £50 sebulan.

Format paling popular Fortnite ialah Battle Royale yang disertai 100 pemain, berperang sehingga tinggal hanya seorang sebagai pemenang.

 ??  ?? PERMAINAN video Fortnite yang sudah dimuat turun 40 juta kali sejak dilancarka­n Julai tahun lalu. - Agensi
PERMAINAN video Fortnite yang sudah dimuat turun 40 juta kali sejak dilancarka­n Julai tahun lalu. - Agensi
 ??  ?? BUDAK perempuan sembilan tahun mengalami ketagihan permainan video yang teruk. - Gambar Hiasan
BUDAK perempuan sembilan tahun mengalami ketagihan permainan video yang teruk. - Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia