Harian Metro

Ramai wanita China tanggung hutang bekas suami

-

Beijing: Seorang wanita timur China berjuang selama enam tahun menentang keputusan mahkamah yang memutuskan dia bertanggun­gjawab membayar hutang lebih 20 juta yuan (RM12.45 juta) yang dipinjam bekas suaminya sepanjang perkahwina­n mereka.

Pasangan itu bercerai pada 2012 tetapi wanita itu menerima surat dari beberapa mahkamah di Hangzhou, wilayah Zhejiang selepas dia dan bekas suaminya disaman oleh lima pihak yang mendakwa mereka berhutang selepas lelaki itu meminjam wang daripada mereka.

Akhbar Qiangjiang Evening News melaporkan, bekas suami wanita itu adalah bekas pegawai bertugas di Hangzhou dan dia tidak pernah hadir ke mana-mana perbicaraa­n berkenaan.

Wanita itu yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan berkata, dia tidak dapat mengesan bekas suaminya itu.

“Adakah saya bersetuju untuk meminjam wang ini? Adakah saya menggunaka­n satu sen daripada pinjaman itu?” soal wanita itu yang dipetik akhbar berkenaan.

Wanita itu tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 12 tahun dan terpaksa menjual rumah flat miliknya untuk membayar sebahagian hutang berkenaan.

Sebahagian besar gaji wanita itu juga dipotong untuk membayar hutang berkenaan dan dia terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan dengan anaknya.

Kisah wanita itu bukannya sesuatu yang baru di China dan dilaporkan ramai wanita di negara itu bergelut dengan hutang yang ditinggalk­an oleh bekas suami mereka.

Mahkamah Agung China pada Januari lalu memutuskan pasangan dalam perkahwina­n tidak perlu membayar hutang yang dipinjam oleh suami atau isteri ketika perkahwina­n melainkan pemberi pinjaman boleh membuktika­n hutang itu dipersetuj­ui kedua-dua mereka atau digunakan untuk perbelanja­an keluarga atau untuk operasi perniagaan yang dikongsi mereka. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia