Harian Metro

Keamanan kekal isu utama

-

Seoul: Media Korea Utara semalam, melaporkan pemimpinny­a, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan membincang­kan ‘mekanisme keamanan kekal dan berpanjang­an’ di Semenanjun­g Korea, gencatan senjata nuklear serta isu lain yang menjadi kebimbanga­n bersama.

Trump dijadual bertemu pemimpin Korea Utara itu di Sentosa, hari ini.

Pertemuan Trump dengan Jong-un itu adalah yang pertama bagi membincang­kan isu nuklear dan peluru berpandu yang dibangun Korea Utara.

“Isu hubungan baru DPRK-AS, membangunk­an keamanan kekal dan berpanjang­an serta gencatan senjata nuklear di Semenanjun­g Korea dan isu lain yang menjadi kebimbanga­n bersama seperti disyaratka­n era perubahan, akan dibincangk­an dalam pertemuan itu,” kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Menurut laporan itu juga, Jong-un diiringi Menteri Luarnya, Ri Yong Ho, Menteri Pertahanan, No Kwang Chol dan saudara perempuann­ya, Kim Yo Jong ke Singapura.

KCNA mengakui mesyuarat itu adalah yang pertama dalam sejarah antara kedua-dua negara dan akan diadakan ‘dalam pemerhatia­n dan jangkaan besar seluruh dunia.

Jadual perjalanan Jong-un dilaporkan secara terperinci yang dianggap agensi berita Korea Selatan, Yonhap, sesuatu yang jarang dilakukan media Korea Utara.

Akhbar Rodong Sinmun, suara Parti Pekerja, juga memaparkan pemergian pemimpinny­a dalam dua muka berwarna.

Ia menyatakan Jong-un berlepas menaiki pesawat China untuk ‘sidang kemuncak bersejarah’ dengan Trump.

Sementara itu, Trump berkata: “Kita mempunyai pertemuan khusus yang sangat menarik esok dan saya fikir semua perkara akan berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian ketika makan tengah hari bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan pegawai kanan dari kedua-dua negara, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia