Harian Metro

Itali, Malta berbalah soal pendatang

-

Rome: Malta mengulangi keengganan membuka pelabuhann­ya kepada kapal penyelamat pendatang tanpa izin yang diurus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mediterran­ean yang sarat dengan ratusan penumpang.

Ia sekali gus tidak mengendahk­an gesaan Menteri Dalam Negeri Itali yang mendesak supaya membantu.

Sekurang-kurangnya 629 pendatang diselamatk­an kapal SOS Mediterran­ee, Sabtu lalu, namun terkandas di dalam bot NGO Perancis, Aquarius, di antara Malta dan Sicily sementara menanti pelabuhan yang selamat untuk berlabuh.

Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini, dalam kenyataan bersama dengan Danilo Toninelli, menteri yang bertanggun­gjawab terhadap pengawal pantai Itali, menegaskan Malta tidak boleh terus bersikap acuh tak acuh dalam menghormat­i konvensyen antarabang­sa mengenai perlindung­an manusia.

Kerajaan Malta menjawab dengan berkata, Perdana Menteri Joseph Muscat sudah bercakap dengan Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, menggarisk­an bahawa Malta ‘bertindak sepenuhnya mengikut kewajipan antarabang­sanya’.

Salvini sebelum ini, mengancam menutup laluan ke pelabuhan Itali kepada kapal penyelamat pendatang sekiranya Malta gagal bertindak.

Sementara itu, Conte berkata, Itali sudah menghantar dua kapal peronda berserta doktor sedia untuk memeriksa kesihatan pendatang di dalam kapal Aquarius.

Jurucakap kerajaan Malta menegaskan operasi menyelamat pendatang itu berlaku di Libya, diketuai pusat koordinasi penyelamat di Rome, bermakna Malta tidak tertakluk secara undang-undang untuk menerima pendatang terbabit. - AFP

 ??  ?? SEBAHAGIAN pendatang tanpa izin tiba di pelabuhan Malaga. - Agensi
SEBAHAGIAN pendatang tanpa izin tiba di pelabuhan Malaga. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia