Harian Metro

PERBAIKI RANKING

-

pasangan Korea Selatan,

Seo Seung Jae-Chae Yu

Jung pada pusingan pembukaan.

Sejak kembali disatukan tahun ini selepas dipisahkan selama enam bulan bagi membolehka­n

Liu Ying menjalani pembedahan di Jerman, bekas beregu nombor satu negara itu mempamerka­n peningkata­n memberangs­angkan apabila melonjak kedudukan ke ranking 31 selepas terkeluar daripada kelompok 50 terbaik dunia pada Disember lalu.

Ketika saingan temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang semakin hampir, pasangan negara itu ingin berada di kedudukan terbaik mereka bagi memastikan mereka mampu mempamerka­n aksi terbaik di temasya itu.

“Kami merasai tekanan untuk mempamerka­n aksi terbaik dan ada kalanya ia memberi tekanan yang amat besar,” kata

Liu Ying.

“Bagaimanap­un, kami berasa bangga apabila ramai yang meletakkan harapan kepada kami. Ia mendorong kami untuk melakukan yang terbaik terutama ketika kami masih berusaha mencari rentak.

“Melihat kepada undian, ia tidak mudah. Kedudukan ranking kami tidak begitu bagus jadi ia membuatkan kami tiada pilihan, selain berusaha keras tanpa mengira siapa lawan yang akan kami hadapi.

“Secara peribadi, saya harap saya dan Peng Soon akan mencapai sasaran yang ditetapkan selain kembali berada dalam kelompok 10 terbaik semula,” kata Liu Ying pernah mencapai ranking ketiga dunia, kedudukan tertinggi yang pernah dicapai ketika berganding­an

 Peng Soon-Liu Ying sasar berada dalam kelompok 10 terbaik dunia

bersama Peng Soon.

Undian di bahagian bawah menyaksika­n Peng Soon-Liu Ying dijangka berdepan beregu China Lu Kai-Chen Lu jika mereka mara ke peringkat keempat.

Sejak mereka mula digandingk­an bersama Januari lalu, pasangan itu berjaya menjuarai Thailand Masters dan mara ke final Terbuka Australia, Mei lalu.

 ??  ?? PENG Soon
LIU Ying
PENG Soon LIU Ying
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia