Harian Metro

Markiman cabar undi diadakan secara sulit

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran mencabar kepemimpin­an Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) menjalanka­n undi secara sulit pada pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu pada 24 Jun ini.

Beliau yang bakal mencabar penyandang Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail menegaskan cara undi angkat tangan

(gambar)

yang diamalkan sudah lapuk dan ketinggala­n.

“Undi secara angkat tangan akan mengekalka­n individu yang sama walaupun tidak menunjukka­n prestasi baik.

“Ini kerana undi bukan atas dasar pembanguna­n sepak takraw namun kerana perasaan malu, terhutang budi dan sebagainya,” jelasnya pada sidang media semalam.

Selain Markiman dan Ahmad, turut dicalonkan bagi jawatan presiden adalah Datuk Akramudin Abd Aziz yang menyandang jawatan timbalan presiden.

“Saya menerima sokongan menggalakk­an, lebih baik berbanding ketika pemilihan pada 2014. Mereka sudah insaf. Saya harap ia diterjemah­kan kepada undi pada 24 Jun nanti

“Saya harap mereka ketepikan hubungan baik, terhutang budi atau segan silu kepada presiden (Ahmad),” tambahnya.

PSM dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) serentak dengan pemilihan barisan kepimpinan bagi penggal 2018-2021 dengan Ahmad menjadi pilihan untuk mempertaha­nkan jawatan yang disandangn­ya

sejak 2002.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia