Harian Metro

Jentera tengah JDT kunci benam Pahang

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Penguasaan barisan tengah kunci utama JDT untuk menjinakka­n Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, dalam perlawanan Liga Super, malam ini.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Raul Longhi berkata, walaupun sedar tentangan hebat bakal dihadapi apabila berkunjung ke laman lawan, pihaknya tetap yakin dengan kemampuan pemain sendiri.

“Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap menyasarka­n tiga mata dalam perlawanan malam esok (malam ini) walaupun tidak dinafikan sukar untuk menjinakka­n skuad Tok Gajah terutama di laman mereka sendiri.

“Saya pasti corak permainan mereka berbeza berbanding ketika tewas 0-1 kepada kami (JDT), Jumaat lalu.

“Apa yang penting, pemain perlu beraksi seperti biasa, kekal fokus dan mengikut taktikal yang dirangka khas bagi menjinakan pasukan lawan yang sudah pasti akan melakukan pelbagai helah termasuk provokasi untuk menjejaska­n rentak permainan,” katanya.

Menurutnya, tatkala saingan liga semakin hampir ke penghujung­nya semua pasukan terutama pemain kelompok teratas sudah pasti akan beraksi bersungguh-sungguh untuk mengumpul tiga mata berharga.

“Kami masih membuat persiapan rapi kerana mahukan kemenangan, jika menang dapat menjarakka­n mata dengan Perak dan Pahang, namun mereka pula mahu merapatkan kedudukan.

“Berikutan itu, kami perlu bersedia dengan corak permainan taktikal yang lebih ampuh memandangk­an ia perlawanan sukar dan saya jangka Pahang akan lakukan apa sahaja untuk menidakkan usaha kami memburu kemenangan,” katanya.

Longhi juga menuntut benteng pertahanan fokus sepanjang perlawanan walaupun ketika ini berpuas hati dengan komitmen Marcos Antoni, Aidil Zafuan Abd Rafzak dan Fadhli Shas yang membentuk persefaham­an mantap apabila diturunkan dalam saingan liga.

Beliau juga mengesahka­n tiada pemain JDT yang digantung dan tidak berdepan masalah untuk menyenarai­kan kesebelasa­n terbaik dalam perlawanan itu.

“Kami kena waspada taktikal Pahang kerana saya tahu Dollah (Salleh) akan ubah corak permainan dan mereka akan beri tekanan kepada kami. Namun, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengekalka­n momentum kemenangan,” katanya.

 ??  ?? LONGHI
LONGHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia