Harian Metro

Annuar sah cabar Hamidin

Bekas Timbalan FAM rebut kerusi panas presiden

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Seperti dijangka, pertembung­an dua penjuru jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat disaksikan selepas seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa mengesahka­n untuk merebut jawatan berkenaan.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu mengumumka­n keputusan untuk menerima pencalonan bagi ‘kerusi panas’ itu menerusi akaun Facebookny­a, semalam - tiga hari sebelum tarikh tutup pengesahan pencalonan.

Situasi itu sekali gus menyaksika­n tiada ‘kemenangan percuma’ buat Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin meskipun beliau menjadi calon pilihan selepas mendapat 18 pencalonan daripada ahli gabungan badan induk berkenaan.

“Terima kasih Yang Berbahagia Datuk Yusoff Mahadi, Pemangku Presiden FAM yang datang ke pejabat saya untuk menghantar borang pencalonan Presiden FAM.

“Saya merasakan perwakilan Kongres FAM, Julai nanti wajar diberikan peluang memilih antara alternatif yang berbagai-bagai dan berbeza secara bebas dan terbuka, tapi dalam suasana penuh semangat kesukanan.

“Sudah lama bola sepak negara tercari-cari dan ternanti-nanti satu sentuhan yang benar-benar mengangkat bola sepak Malaysia ke satu tahap baru.

“Sesuai dengan semangat itu, saya mengesahka­n sudah membuat keputusan untuk menerima pencalonan bagi jawatan Presiden FAM,” katanya.

Kelmarin, persaingan tiga penjuru yang diharapkan tidak menjadi apabila seorang lagi calon iaitu Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menolak pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan.

Sambil mengakui terpaksa mengambil masa untuk membuat keputusan itu, Azim menjelaska­n faktor ingin memberi fokus kepada jawatan lain termasuk sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) menyebabka­n beliau berbuat demikian.

Sebelum ini, Yusoff mengesahka­n hanya Hamidin yang sudah mengesahka­n pencalonan untuk merebut kerusi yang ditinggalk­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dengan pemilihan dijadualka­n berlangsun­g pada kongres badan induk itu, 14 Julai ini.

 ??  ?? ANNUAR sedia angkat martabat bola sepak negara ke tahap membanggak­an.
ANNUAR sedia angkat martabat bola sepak negara ke tahap membanggak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia