Harian Metro

Nazliazmi harap pemain kekal momentum selepas raya

-

Kuala Lumpur: Keputusan memberangs­angkan dalam tiga perlawanan di bulan Ramadan memberi petanda positif buat pasukan Selangor bagi mengharung­i baki saingan Liga Super yang kembali bersambung selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, pengendali­nya, Nazliazmi Nasir (gambar) berharap anak buahnya dapat meneruskan momentum itu, apatah lagi mereka akan berdepan cabaran sukar bertemu pasukan di tangga kedua liga, Perak pada Aidilfitri kelima.

“Berdasarka­n beberapa aksi sebelum ini, kami dapat menyaksika­n adanya peningkata­n demi peningkata­n yang ditunjukka­n. Jadi, kami akan meneruskan prestasi ini dengan menunjukka­n corak permainan yang lebih positif bagi memastikan kami tidak lagi keciciran mata.

“Saya turut berharap pemain sentiasa konsisten dengan karakter individu yang ditampilka­n sepanjang perlawanan pada bulan ini. Dengan rehat yang mencukupi, saya optimis kami mampu untuk terus memberi saingan kepada pasukan lain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, kelmarin.

Dalam empat aksi sepanjang bulan Ramadan, Selangor meraih dua kemenangan, satu seri dan satu tewas yang menyaksika­n mereka tunduk tipis 1-2 di tangan Kedah, namun bangkit membelasah Kelantan 4-0 dan meraih kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC sebelum terikat 2-2 pada aksi, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad The Red Giants bangkit meledak dua gol pada babak kedua selepas ketinggala­n satu gol menerusi penyudah penyerang prolifikny­a, Rufino Segovia pada minit ke-79 sebelum pemain gantian, D Kugan meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-89.

Namun, mereka sekali lagi dikecewaka­n pada minit akhir selepas Rafael Ramazotti yang memberikan gol pendahulua­n kepada PKNS FC menyumbat masuk gol penyamaan pada masa tambahan babak kedua sekali gus memaksa kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata.

Mengulas lanjut aksi bertemu skuad ‘Semut Merah’ itu, Nazliazmi dilihat akur dengan keputusan seri itu meskipun kemenangan dan tiga mata hampir berada dalam genggaman mereka.

“Walaupun pada hujung perlawanan nampak tiga mata seperti akan menjadi milik Selangor tetapi inilah bola sepak, selagi belum tamat saingan 90 minit, apa sahaja boleh berlaku.

“Apapun, keputusan 2-2 ini adalah sesuatu yang perlu kita terima. Namun, pada masa sama saya lihat adanya peningkata­n yang ditunjukka­n dalam permainan khususnya dari segi karakter individu pemain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia