Harian Metro

Futsal Ramadan meriah

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 SS Five A, Domistreet ungguli Futsal Drive M7

Pasukan SS Five A muncul juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Drive M7, manakala Domistreet mengunggul­i kategori Terbuka Wanita. Dengan kemenangan itu, SS Five A membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, pingat dan hamper.

Domistreet pula meraih RM500 berserta trofi, pingat dan hamper. Pasukan Kasawari United muncul naib juara, RHFT di tempat ketiga dan Asta FC di tangga keempat Terbuka Lelaki dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM800, trofi, pingat dan hamper (naib juara); RM500, trofi dan hamper (ketiga) dan RM200, trofi dan hamper (keempat).

Naib juara Terbuka Wanita, Kaizen B membawa pulang RM200, trofi, pingat dan hamper, manakala pasukan Ixora A (ketiga) membawa pulang trofi dan hamper.

Pengarah Operasi Drive M7, Mahathir Ahmad berkata, sebanyak 60 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita terdiri daripada pemain berusia 19 hingga 35 tahun, berentap dalam karnival itu.

Beliau berkata, walaupun dianjurkan pada Ramadan bermula jam 9 malam hingga 4 pagi, sambutan diterima amat menggalakk­an.

“Sebenarnya kami pernah bekerjasam­a dengan pihak lain untuk menganjurk­an karnival futsal seumpama ini, namun apa yang menarik kali ini, ia kali pertama penganjura­n penuh Drive M7. “Kami memilih untuk menganjurk­annya pada bulan puasa ini selepas mendapat banyak permintaan daripada peserta, mereka mahu satu aktiviti sukan yang boleh dibuat pada Ramadan. “Nampaknya, sambutan diterima memang menggalakk­an,” katanya ketika ditemui pada Karnival Futsal Drive M7 di Sports Prima Pandan di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pemilik Sports Prima Pandan, David Goh. Selain menyaksika­n perlawanan, mereka yang hadir berpeluang melihat pelbagai kereta yang dipamerkan Mutiara Motors, selain melawat gerai Drive M7 Energy Drink, M7 Japan dan M7 Racing & Toyota.

Pihak penganjur juga menyediaka­n juadah berbuka puasa dan sahur untuk semua pengunjung yang hadir.

Selain Drive M7, Mutiara Motors Group, Sports Prima Pandan dan Fleet turut menaja karnival berkenaan.

Penaja lain termasukla­h Victory, Ong Auto, HH Tyrs, Excellent Tinted, Advancelub­e Sdn Bhd dan PGT Supplies Sdn Bhd. Mahathir berkata, berdasarka­n sambutan yang amat menggalakk­an itu, karnival seumpama itu akan dijadikan acara tahunan dan bercadang mengadakan­nya di seluruh negeri ini.

 ??  ?? MAHATHIR (tengah) dan pemilik Sports Prima, David Goh (tengah, dua dari kanan) bergambar bersama pemain ketika Karnival Futsal Drive 2018 di Sport Prima, Johor Bahru, Ahad lalu.
MAHATHIR (tengah) dan pemilik Sports Prima, David Goh (tengah, dua dari kanan) bergambar bersama pemain ketika Karnival Futsal Drive 2018 di Sport Prima, Johor Bahru, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia