Harian Metro

‘Hamilton, Mercedes perlu sedar dari lena’

-

London: Lewis Hamilton

dan pasukan Mercedes perlu ‘dikejutkan daripada tidur’ selepas melakukan kesilapan pada perlumbaan Grand Prix Kanada, kata ketua pasukan Toto Wolff.

Wolff berkata, dia berasa kecewa selepas melihat

Sebastian

(gambar)

Vettel dari Ferrari memenangi perlumbaan itu untuk terus menguasai carta kedudukan pelumba di litar yang menjadi wilayah Mercedes sebelum ini.

Ditanya selepas perlumbaan adakah dia berpuas hati apabila melihat rakan pasukan Hamilton, Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua Wolff berkata: “Tidak. Tidak sama sekali. Ia keputusan yang teruk buat kami.

“Ia litar kami tapi sepanjang minggu itu kami melakukan kesilapan sejak dari awal perlumbaan.

“Satu-satunya perasaan yang saya rasa ketika ini adalah kami perlu bangkit.

“Saya berasa begitu kecewa. Ia adalah litar yang menyaksika­n kami perlu meraih seberapa banyak mata yang boleh.

Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah mengkaji semula perlumbaan secara menyeluruh serta melihat kembali apa yang berlaku dan adakah ia memberi kesan kepada pasukan.

“Ya itu yang perlu dilakukan,” katanya. “Kami akan melihat secara lebih mendalam.”

Hamilton yang juga juara bertahan dan juara dunia empat kali menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dan kini ketinggala­n satu mata di belakang pelumba Jerman Vettel dalam perebutan gelaran juara dunia.

Mercedes hadir ke Montreal untuk memperkena­lkan enjin baru yang dinaik taraf, namun terpaksa menangguhk­annya kerana kebimbanga­n cabaran yang akan diterima daripada Ferrari dan Red Bull.

Mereka juga berdepan dengan masalah pemilihan tayar dan pengurusan ketika pasukan lain memilih menggunaka­n antara tujuh atau lapan set tayar lembut namun Mercedes hanya meminta lima tayar seterusnya menyebabka­n Hamilton berdepan masalah enjin sehingga terpaksa meminta ke pit-stop lebih awal.

“Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan,” kata Hamilton. ”- AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia