Harian Metro

Pilihan utama

-

 Poland dijangka menjuarai Kumpulan H berdasarka­n kekuatan seimbang dimilikiny­a

kertas, Poland diletakkan pilihan utama menjuarai Kumpulan H pada pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Russia berdasarka­n kekuatan seimbang dimiliki pasukan itu di bahagian pertahanan, tengah dan serangan.

Bagaimanap­un, lawan mereka di peringkat kumpulan iaitu Colombia, Senegal dan Jepun tidak boleh dipandang mudah dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan memiliki kelebihan tersendiri.

Jika tersilap percaturan, skuad bimbingan Adam Nawalka kemungkina­n tersingkir di peringkat kumpulan memandangk­an ketiga-tiga lawan mereka boleh dianggap pasukan liat untuk ditewaskan terutama beraksi di kejohanan besar seperti Piala Dunia.

Bagaimanap­un, minggu sebelum saingan di

Russia bermula, Poland mendapat petanda buruk apabila tonggak pertahanan mereka, Kamil Glik mengalami kecederaan bahu ketika sesi latihan.

Walaupun namanya tetap dalam senarai 23 pemain ke Russia, peluang Glik untuk membuat penampilan pada kejohanan berprestij itu tampak sukar dengan kecederaan dialaminya dilaporkan serius dan memerlukan masa untuk kembali pulih.

“Jika benar Kamil tidak boleh beraksi langsung sepanjang kejohanan nanti, ia satu tamparan hebat buat kami. Namun, masih ada lagi masa

(gambar)

dua dan kita akan lihat perkembang­annya.

“Apa pun, kami tidak boleh berputus asa, kami perlu terus berjuang dan hara[ semuanya akan dipermudah­kan untuk kami,” kata kapten Poland, Robert Lewandowsk­i.

Sebagai rekod, ini penampilan kelapan Poland dalam kempen Piala Dunia dengan pencapaian terbaik mereka adalah dua kali menamatkan saingan di tempat ketiga pada edisi 1974 dan 1982.

Kali ini, sasarannya adalah untuk mengatasi pencapaian berkenaan dengan sekurang-kurangnya mara ke final. Poland akan membuka tirai saingan menentang Senegal pada 19 Jun sebelum bertemu Colombia dan Jepun.

Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i berkata, dia sudah bersedia melaksanak­an ‘kerja keldai’ kapten Poland pada kempen Piala Dunia 2018 di Russia. Dia merujuk kepaa strategi akan dilakukan bagi memastikan Poland muncul juara Kumpulan H.

“Saya tahu ada masanya saya perlu melakukan kerja keldai demi kebaikan pasukan,” kata pemain berusia 29 tahun

itu.

 ??  ?? GLIK alami kecederaan bahu ketika sesi latihan. LEWANDOWSK­I pasang strategi untuk muncul juara Kumpulan H.
GLIK alami kecederaan bahu ketika sesi latihan. LEWANDOWSK­I pasang strategi untuk muncul juara Kumpulan H.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia