Harian Metro

‘Mourinho pun takkan mampu selamatkan Jepun’

- AFP

Tokyo: Jepun yang berdepan krisis tetap bergelut untuk mengelak daripada tersingkir awal di Piala Dunia Russia 2018 meskipun dikendalik­an Jose Mourinho kata bekas jurulatih pasukan itu, Philippe Troussier.

Skuad Samurai Biru itu mencetus kontrovers­i apabila memecat Vahid Halilhodzi­c, April lalu dan menggantik­annya dengan bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Akira Nishino satu langkah yang disifatkan berisiko tinggi dan mampu memakan diri.

Troussier menegaskan pasukan itu tidak ‘berpeluang langsung’ untuk mara ke pusingan kalah mati selepas diundi bersama Colombia, Senegal dan Poland.

“Jika mereka dikendalik­an Mourinho atau Arsene Wenger sekalipun, tetap sukar untuk Jepun melangkah ke pusingan 16 terbaik,” kata pengendali kelahiran Perancis yang membawa Jepun mara ke pusingan kedua Piala

Dunia

2002 yang berlangsun­g di laman sendiri.

“Andai Poland menjadi lawan pertama sekalipun tetap sukar buat mereka. Namun, mereka akan berdepan Colombia pada aksi pertama dan seterusnya Senegal, jadi pada saya, mereka langsung tidak berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya.”

Pada masa sama, Troussier mengakui kehadiran bintang seperti Sadio Mane yang beraksi bersama Senegal, James Rodriguez (Colombia) dan Robert Lewandowsk­i (Poland) yang menggalas tugas untuk menjaringk­an gol buat pasukan masing-masing bakal menyebabka­n Jepun seperti berdepan ‘hukuman maut’.

“Colombia dan Senegal memiliki empat atau lima pemain yang mampu membawa perubahan pada bila-bila masa,” kata pengendali berusia 63 tahun itu.

“Situasi ini mendatangk­an masalah kepada saya. Sukar untuk Jepun selepas kita melihat potensi individu yang dimiliki Senegal serta Colombia.”Reuters

Sochi

Neymar dan rakan pasukannya tiba di Russia awal pagi semalam dengan aura kemenangan selepas menewaskan Austria 3-0 pada perlawanan pemanas badan terakhir menjelang saingan Piala Dunia yang bermula Khamis ini.

Ketika perlawanan pembukaan akan berlangsun­g di Moscow membabitka­n perlawanan antara tuan rumah Russia menentang Arab Saudi, juara dunia lima kali itu tiba di Sochi, bandar peranginan di Black Sea sebagai penginapan rasmi sepanjang berlangsun­g Piala Dunia hingga Julai.

Brazil hadir ke Russia dengan keyakinan yang cukup tinggi bersama Neymar yang membuat penampilan pertama selepas lebih dari tiga bulan tidak beraksi apabila meledakkan gol kemenangan ke atas Austria di Vienna.

Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho turut mencetak nama sebagai penjaring gol dengan pemain bintang Paris Saint-Germain itu mengesahka­n dia kini pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kaki pada awal Mac lalu.

Jaringan itu adalah yang ke-55 Neymar buat Brazil, meletakkan namanya sebaris dengan Romario yang di senarai sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa - hanya Pele dan Ronaldo menjaringk­an lebih banyak gol buat Brazil.

Pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan dari bangku simpanan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk menang 2-0 ke atas Croatia di Liverpool, penampilan pertamanya sejak tulang kakinya patah ketika beraksi untuk PSG pada Februari lalu.

Gol Ahad lalu adalah hasil kombinasi terbaik membabitka­n bekas pemain Barcelona itu yang bijak mengawal bola hantaran Willian di dalam kotak untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Austria, Aleksandar Dragovic sebelum meledakkan gol.

Jurulatih Brazil Tite mengakui sangat bangga dengan pasukannya biarpun beliau yakin mereka mungkin boleh lebih taktikal.

“Saya tidak pasti had Neymar,” katanya.

“Keupayaan teknikal dan kreativiti­nya sangat mengagumka­n.”

Diundi dalam Kumpulan E, Brazil berada di tempat kedua di belakang juara dunia Jerman dalam senarai ranking FIFA, akan memulakan kempen menentang Switzerlan­d 17 Jun sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo dilihat berlatih bersama Portugal Ahad lalu, sesi latihan pertama buat juara Eropah turun untuk persediaan Piala Dunia. Mereka akan berpangkal­an di Kratovo, Moscow, lima hari sebelum perlawanan pembukaan menentang Sepanyol.

 Jaringan ketika atasi Austria bangkit semangat Brazil

 ??  ?? SALAH (tengah) bersama Kadyrov (dua dari kiri) menemui peminat di Grozny.
SALAH (tengah) bersama Kadyrov (dua dari kiri) menemui peminat di Grozny.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia