Harian Metro

Alli wajib kawal sikap panas baran

-

London: Bintang tengah England, Dele Alli berjanji untuk tidak melanggar peraturan baru Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) yang diperkenal­kan bagi Piala Dunia 2018.

Di bawah peraturan baru berkenaan, pengadil dibenarkan untuk menghukum pemain yang melanggar peraturan semasa perlawanan secara retrospekt­if.

Turut dibantu oleh Video Bantuan Pengadil (VAR), ia boleh menyebabka­n pemain dikenakan hukuman selepas melakukan kesalahan yang sebelum itu tidak dapat dikesan.

Alli yang terkenal dengan sikap panas baran dan terbabit dengan beberapa insiden membabitka­n tingkah laku di Tottenham Hotspur begitupun kekal yakin dapat mengawal amarahnya supaya dapat beraksi dengan lebih baik di Russia.

“Apabila kamu berada dalam perlawanan, fokus kamu adalah cuba untuk membantu pasukan sebanyak yang kamu mampu,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

“Kamu tidak mahu meletakkan diri kamu dalam posisi di mana kamu boleh merosakkan segala-galanya dan tewas perlawanan untuk pasukan dan juga negara kamu. Saya akan menjadi diri saya, seperti yang saya selalu lakukan.”

Alli menjalani penggantun­gan satu perlawanan kerana menunjukka­n isyarat lucah menggunaka­n jari tengahnya ketika perlawanan kelayakan England bertemu Slovakia, tahun lalu.

Di sebalik reputasi buruk membabitka­n disiplin bersama Spurs, Alli berkata dia sudah belajar daripada kesilapan lalu.

“Saya mahu bermain dengan semangat dan saya mahu bermain dengan bersungguh-sungguh apabila diturunkan,” kata Alli.

“Saya melakukan kesilapan pada awal karier saya, tetapi kamu perlu melakukan kesilapan dalam usaha untuk mempelajar­inya. Jika kamu lihat diri saya, saya sudah pasti belajar daripada kesilapan saya.” - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia