Harian Metro

TAUKE SENJATA

Petani ditahan miliki tiga laras bakakuk

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

Seorang petani ditahan kerana memiliki tiga laras senjata buatan sendiri jenis bakakuk bersama peluru, kelongsong, komponen dan perkakas membuat senjata api susulan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kibunut, di sini, Jumaat lalu.

Lelaki tempatan berusia 46 tahun berkenaan ditahan pada jam 1.37 pagi, hasil risikan polis berhubung kegiatanny­a itu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil soal siasat terhadap suspek mendedahka­n senjata api itu dihasilkan olehnya sendiri.

“Difahamkan, suspek membuat bakakuk itu sejak 15 tahun lalu dan dipercayai untuk kegunaan sendiri menjaga kebun dan kemungkina­n untuk

dijual, tetapi siasatan masih dilakukan untuk mengesahka­n maklumat itu.

“Antara barang yang dirampas, tiga laras bakakuk, 184 peluru saiz 5.5 milimeter, satu peluru hidup, enam kelongsong, satu kelopak M16 dan enam komponen senjata api jenis bakakuk,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, semalam.

Ketika ditanya bagaimana suspek memiliki peluru itu,

Mohd Haris berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit pernah melakukan kerja pembersiha­n dengan kontraktor agensi keselamata­n sebelum dipercayai mencuri peluru berkenaan.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dilakukan dan suspek direman selama empat hari bermula tarikh tangkapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata

Api 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Suspek sudah buat bakakuk sejak 15 tahun lalu

 ??  ?? MOHD Haris (tengah) bersama pegawainya memeriksa tiga laras senjata buatan sendiri jenis bakakuk yang dirampas daripada seorang petani dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung
Kibunut. PELURU kosong untuk senjata buatan sendiri
jenis bakakuk turut...
MOHD Haris (tengah) bersama pegawainya memeriksa tiga laras senjata buatan sendiri jenis bakakuk yang dirampas daripada seorang petani dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kibunut. PELURU kosong untuk senjata buatan sendiri jenis bakakuk turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia