Harian Metro

Bekas KM diminta tampil segera

-

Polis berharap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri

Musa Aman tampil secara sukarela dengan segera bagi membolehka­n siasatan berhubung kes ugutan jenayah membabitka­n beliau dilengkapk­an secepat mungkin.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, sebagai pemimpin beliau perlu tampil kerana keadilan tidak dapat dilaksanak­an jika ia tertangguh atas ketidakhad­iran beliau untuk memberikan keterangan.

“Kita harap beliau tampil segera untuk memberikan keterangan ini kerana justice

delay is justice deny (keadilan tertangguh bermaksud keadilan dinafikan).

“Jadi, eloklah sebagai pemimpin beliau tampil untuk menyegerak­an bagi melengkapk­an siasatan ini kemudian kita akan teruskan dengan merujuk Timbalan Pendakwa Raya dengan apa juga keputusann­ya nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan

Pesuruhjay­a Polis Sabah antara Datuk Razaruddin Hussain @ Abd Rasid Kepada Datuk Omar Mammah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Musa diminta tampil memberikan keterangan berhubung siasatan laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membabitka­n ugutan jenayah, 19 Mei lalu.

Bagaimanap­un, sehingga kini, Musa yang didakwa berada di London gagal tampil memberikan keterangan.

Dalam isu lain, Ramli berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan jenayah berhubung penggunaan semula bot pam di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) selepas diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, baru-baru ini.

“Kita memantau hal ini dan kita tidak menerima apa-apa rungutan berhubung isu bot pam ini,” katanya.

Kita harap beliau tampil segera untuk memberikan keterangan ini kerana justice delay is justice deny”

Ramli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia